Buat julung kalinya Astro akan menganjurkan Anugerah Lawak Warna bagi mengiktiraf komedi tempatan.
Majlis yang dihoskan Datuk AC Mizal itu bakal berlangsung di Istana Budaya pada 16 Ogos depan.
Dianjurkan saluran Astro Warna, ia bertujuan mengiktiraf dan menghargai usaha individu dan pihak produksi tidak kira televisyen mahupun layar perak.
Mempertaruhkan 20 kategori dan 16 daripadanya akan diadili juri professional manakala empat penerima trofi akan dipilih peminat menerusi undian sms dan satu anugerah khas juri.
Antaranya termasuk filem komedi terbaik, siri tv komedi terbaik, pengarah komedi terbaik, pelawak lelaki dan wanita paling popular.
Tempoh pencalonan dibuka pada 1 hingga 15 Jun di mana produk yang disiarkan pada 1 Januari 2012 hingga 31 Mac 2013 layak untuk bertanding.
Manakala peminat boleh mula mengundi untuk kategori popular bermula 17 Julai hingga 16 Ogos 2013.
Anugerah Lawak Warna bakal disiarkan di Astro Warna (saluran 132).
Astro Awani
Wed May 29 2013

Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Jep Sepahtu, Sharifah Sakinah ulangi kejayaan di malam ALW2015
Pelawak Jep Sepahtu mencatat sejarah tersendiri apabila buat kali ketiga berturut-turut merangkul gelaran Artis Lawak Lelaki Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2015 (ALW2015) yang berlangsung mala

Istanbul Aku Datang, filem terbaik Anugerah Lawak Warna
Filem Istanbul Aku Datang menang besar di Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya malam tadi.

Anugerah Lawak Warna bakal angkat komedi kelas pertama?
Anugerah Lawak Warna bakal bersiaran malam ini dan disiarkan secara langsung di saluran Astro WARNA (132) dan Mustika HD (134).

Anugerah Lawak Warna bukan syok sendiri
Senarai penuh pencalonan Anugerah Lawak Warna yang diumumkan baru-baru ini.