PELAKON Datin Seri Umie Aida mendedahkan dia memiliki seekor anjing yang menjadi penjaga rumahnya sejak setahun yang lalu.

Menurut Umie, anjing tersebut asalnya hanya seekor anjing jalanan tetapi dia sering memberi makan dan secara tidak langsung anjing itu terus menganggapnya sebagai tuan yang membelanya.

Anjing yang diberi nama Blacky itu menjadi penunggu setia di hadapan rumahnya.

“Rasanya hampir setahun Blacky jadi jaga depan rumah Me (Umie). Asalnya dia street dogs, Me kasi makan.. dia terus anggap Me tuan dia.

"Dan dia macam tahu batas-batas antara Me dengannya. Kalau Me buka pintu pagar rumah, tak pernah sekali pun dia cuba masuk.

"Dia sedar ruangnya hanya luar pintu pagar rumah Me. Dan Blacky sangat setia dan dengar cakap,” tulisnya.

Umie berkongsi cerita tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik video Blacky sedang menanam seekor anak anjing.


Umie memberitahu Blacky baru sahaja mempunyai seekor anak tetapi ia sudah mati dan memintanya menanamkannya.

"Dipendekkan cerita Blacky baru dapat anak.. dan dia sorok baby dia kat satu kawasan yang me sendiri tak tahu. Tapi setiap kali nak makan dia akan datang rumah Me.

“Dan semalam... Blacky datang bawa anak dia.. Mata Blacky berair seolah-olah menangis . Ya Allah... Rupa-rupanya baby dia mati dan dia minta tolong tanamakan baby dia.

"Me tak tahu nak cakap macam mana sedih Blacky dengan kematian anaknya. Binatang pun ada perasaan tanam anak dia yang dah mati. Manusia? Hmmm... Pengajaran buat kita yang bergelar manusia yang ada hati perasaan, akal dan iman,” luahnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya serta rakan artis yang turut bersimpati dan bersedih dengan kisah yang disampaikan.

Mengenai Umie, pelakon itu baharu sahaja mengambil seorang lagi anak angkat yang diberi nama Nur Aisya berusia tiga bulan.

Sebelum ini, Umie telah membesarkan dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhilmi, 25.

Umie dan suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bernikah pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah.

Rasanya hampir setahun blacky jadi jaga depan rumah me. Asalnya dia street dogs , me kasi mkn.. dia terus anggap me tuan dia. Dan dia mcm tahu batas-batas antara me dgn nya..kalau me buka pintu pagar rumah, tak pernah sekali pun dia cuba masuk . Dia sedar ruangnya hanya luar pintu pagar rumah me. Dan blacky sgt setia dan dengar ckp. Dipendekkan cerita blacky baru dpt anak.. dan dia sorok baby dia kat satu kawasan yg me sendiri tak tahu. Tapi setiap kali nak mkn dia akan dtg rumah me. Dan semlm... blacky datang bawa anak dia.. mata blacky berair seolah2 menangis . Ya Allah... rupa-rupanya baby dia mati dan dia minta tolong tanamankan baby dia. Me tak tahu nak ckp mcmmana sedih blacky dgn kematian anaknya. Binatang pun ada perasaan tanam anak dia yg dah mati. Manusia ??? Hmmm...