Tinggal sehari sahaja lagi malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME) akan bersiaran secara langsung malam ini bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Tidak lengkap sekiranya malam berprestij ini tanpa kehadiran selebriti-selebriti terkenal tanah air yang akan memeriahkan lagi anugerah tersebut.
Sudah pasti AME kali ini menjanjikan barisan gabungan pemilihan artis terkemuka antaranya ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Hazama, Joe Flizzow dan SonaOne.
Lebih menarik lagi, peminat akan dapat melihat artis kesayangan melalui Red Carpet dan juga fesyen-fesyen yang diperagakan oleh mereka.
Bukan itu sahaja, artis-artis seperti Hazama, Akim dan Jamal Abdillah turut membuat persembahan.
Sebelum majlis utama berlangsung, penyampai radio ERA fm, Hanif dan Ray akan bergandingan bersama pelawak Jihan Muse beserta pengacara H!Live iaitu Dahlia Syazwan bagi acara Red Karpet AME 2015.
Saksikan AME 2015 pada Ahad, 22 Februari bermula dengan siara secara langsung Konsert Tirai Anugerah MeleTOP Era pada jam 8.30 malam diikuti dengan Anugerah MeleTOP Era pada jam 9.00 malam.
Siaran langsung dibawakan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105), Maya HD (saluran 135) dan Astro HITZ.
Berikut merupakan senarai selebriti yang hadir pada malam Anugerah MeleTOP Era 2015:
KONSERT TIRAI ANUGERAH MELETOP ERA 2015
LINE UP FOR KONSERT TIRAI:
Caliph Buskers, Masya, Black, Halida, Firman, Mus May, Meor (Kilauan Emas), Aziz Harun & Payslips
PENYAMPAI ANUGERAH FASHION MELETOP
Izara Aisyah & Izzue Islam
ANUGERAH MELETOP ERA 2015
PERSEMBAHAN AME 2015
Joe Flizzow & SonaOne, Wings, Jacklyn Victor, Datuk Siti Nurhaliza, Hazama, Akim, Ramli Sarip, Jamal Abdillah, 5 Bara, Republik.
PENYAMPAI ANUGERAH MELETOP 2015
Amyra Rosli, Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Zul Ariffin, Nora Danish, Rosyam Nor, Datuk Hattan, Datuk Khadijah Ibrahim, Senario, Erra Fazira.
Gempak
Sun Feb 22 2015
AME kali ini menjanjikan barisan gabungan pemilihan artis terkemuka antaranya Joe Flizzow dan SonaOne - Foto Astro Gempak
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Ayda Jebat dan Johan dinobat Top Top MeleTOP Era 2015
AME 2015 menobatkan Ayda Jebat dan Johan sebagai Top Top MeleTOP (lelaki) dan Top Top MeleTOP (wanita) bagi tahun 2015.
Artis mana yang buat persembahan di AME 2015 malam ini?
AME kali ini menjanjikan barisan gabungan pemilihan artis terkemuka antaranya ialah Datuk Siti Nurhaliza, Hazama, Joe Flizzow dan SonaOne.