Teater tari muzikal, Ariah yang digarap secara besar-besaran dipentaskan selama tiga malam berturut-turut bermula Jumat malam sebagai kemuncak acara sambutan ulang tahun ke-486 kota Jakarta.
Pementasan itu dipersembahkan di pentas terbuka yang dibangunkan di Monumen Nasional di tengah ibu kota ini melibatkan 200 penari dan 120 pemain muzik orkestra yang dipimpin oleh komposer terkenal, Erwin Gutawa yang juga merupakan penata muzik persembahan.
Ariah dikerjakan oleh tenaga kreatif yang sama yang sebelum ini menghasilkan teater tari muzikal Matah Ati yang dipentaskan buat pertama kali di Esplanade, Singapura pada Oktober 2010 sebelum dipentaskan semula di Jakarta dan Solo pada 2011 dan 2012.
Matah Ati yang dipentaskan dengan cukup jaya dan mendapat reaksi hangat di kalangan pengkritik dan pemerhati budaya mengangkat seni budaya Jawa. Ia pernah diusahakan untuk dibawa ke Malaysia namun tidak mendapat maklum balas positif daripada pihak tertentu di Kuala Lumpur.
Ariah pula kali ini menampilkan seni dan budaya masyarakat Betawi diarahkan oleh Atilah Soeryadjaya yang juga menulis naskah dan lirik lagu. Beliau sekali lagi menggandingkan Jay Soebyakto sebagai penata artistik serta Wiwiek Sipala dan Eko Supendi sebagai penata tari.
Teater tari yang mengambil masa hampir 90 minit itu mengangkat kisah perjuangan perempuan yang mempertahankan martabat dan kehormatannya. Ia mengambil latar Jakarta pada tahun 1869 ketika terjadinya pemberontakan kaum petani menentang penindasan penjajah Belanda.
"Saya mahu Ariah menjadi satu lagi rujukan perjuangan perempuan Indonesia," kata Atilah semasa ditemui selepas raptai penuh terakhir pada Khamis malam.
Dalam kata pengantar pada buku program pementasan, Atilah melahirkan harapan agar karyanya ini akan membangkitkan rasa ingin tahu terhadap keunikan seni dan budaya bangsa.
"Penciptaan Ariah dan Matah Ati berangkat dari keinginan dan niat supaya generasi muda tidak merasa takut, asing dan jauh dengan tradisi dan budaya bangsa," katanya.
Menurut Aditya WS Soeryadjaya, Ketua Pegawai Eksekutif PT Ramba Energy iaitu sebuah syarikat yang mendukung pementasan Ariah, teater tari muzikal itu mengandungi banyak inspirasi dan makna bagi bangsa Indonesia.
"Semangat membela kehormatan dan harga diri daripada penindasan serta keinginan untuk menyerah pada keadaan menjadi pesan yang ingin disebarkan oleh Ariah," katanya seperti tercatat buku program.
Sesuai dengan pementasannya di lokasi yang menjadi ikon Jakarta — seperti Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, pentasnya dibangunkan secara raksasa dan dengan adunan multimedia, memberikan kesan visual yang cukup spektakuler. Pentasnya berukuran 72 meter panjang atau menyamai ukuran tiga suku padang bola sepak dan dibahagikan kepada tiga tingkat serta dibuat miring antara 15 hingga 35 darjah.
Selepas persembahan di Jakarta ini, penerbit Ariah, Global 3L merancang untuk merangka semula produksi gergasi ini untuk dibawa keliling ke beberapa kota di Indonesia dan ke luar negara.
Astro Awani
Fri Jun 28 2013
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Penggunaan perkataan 'pariah' tidak ditujukan kepada sesiapa - Tun Mahathir
Dr Mahathir diminta mengulas tindakan beberapa ahli PKR di Kapar membuat laporan polis terhadapnya kerana menggunakan perkataan tersebut yang didakwa menyinggung perasaan komuniti India di negara ini.
Ariah meriahkan sambutan ulang tahun Jakarta
Teater tari muzikal Ariah naik panggung untuk memeriahkan acara sambutan ulang tahun ke-486 Jakarta.