PELAKON, pelawak dan penyanyi Joey Daud meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang masih lagi memandang jumlah pengikut di media sosial sebagai pengukur untuk membintangi sesebuah naskah.
Jelas Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 49, dia tidak kisah untuk membuka peluang kepada YouTuber atau pempengaruh berlakon namun haruslah bermula dari bawah.
"Sekarang ini pengikut di media sosial boleh dibeli dan cara ini secara tak langsung mengajar orang lain untuk menipu bagi menempatkan diri dalam dunia seni.
"Bagaimana nasib dengan pelakon 'otai' yang tidak memiliki media sosial? Saya pun kalau diikutkan baru saja wujudkan akaun Instagram. Saya harap sangat janganlah pelakon yang tiada pengikut, pihak produksi tidak mahu ambil berlakon sedangkan kita tahu kemampuan dia.
"Saya agak kecewa apabila perkara ini terjadi. Sebenarnya saya tak kisah jika ingin beri peluang kepada pempengaruh atau YouTuber untuk terjun dalam dunia seni, tapi janganlah terus diberikan watak penting sebaliknya mulakan dengan watak tambahan," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Gadis Jolobu The Movie di Kuala Lumpur Jazz and Arts Centre baru-baru ini.
Tambah Joey, dirinya pernah berdepan situasi yang mana pempengaruh yang tidak punyai kebolehan dan ilmu lakonan datang ke set menyusahkan pihak produksi.
"Perkara ini terjadi sebab mereka ini tak faham bahasa kamera dan ia menyusahkan seluruh pasukan produksi dan pelakon. Tidak dinafikan selalu juga perkara sebegini terjadi.
"Setiap pelakon ada watak lain-lain, jadi kalau golongan ini asyik membuat kesilapan sudah tentulah mereka hilang sabar.
"Sebenarnya pengarah di set tiada masa nak ajar setiap pelakon untuk memahami watak yang dibawakan. Jadi sebelum masuk ke set fikir-fikirkan hal ini dan jangan sampai menyusahkan orang lain," tambahnya.
Sementara itu, Gadis Jolobu The Movie yang sedang menjalani penggambaran di Negeri Sembilan ketika ini akan ditayangkan di pawagam pada Jun tahun ini.
Gadis Jolobu The Movie turut dibintangi Datuk Hattan, Khir Rahman, Ahirine, Nizam Laksamana dan ramai lagi.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Tue Mar 08 2022
Tambah Joey, dirinya pernah berdepan situasi yang mana pempengaruh yang tidak punyai kebolehan dan ilmu lakonan datang ke set menyusahkan pihak produksi. - Astro Gempak
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
'Apa nasib pelakon otai yang tak ada followers ramai?'
Dia tidak kisah untuk membuka peluang kepada YouTuber atau pempengaruh berlakon namun haruslah bermula dari bawah.
Khir Rahman pengsan di lokasi, Joey Daud pohon doa semua
Semoga Khir Rahman cepat sembuh.
Fad Bocey tepati ramalan, juarai Super Spontan Xtravaganza
Yeay! Tahniah Fad Bocey, RM100,000 milik anda!
"Saya nampak seperti arwah Mak ada di depan ketika atas pentas" - Joey
Penyanyi dan pelakon Zulkifli Daud atau Joey mengakui seringkali terlihat bayangan emaknya ketika melakukan persembahan dalam program Super Spontan Xtravaganza (SSX).
Al-Fatihah, emak Joey meninggal dunia
Emak kepada pelakon dan penyanyi, Zulkifli Daud atau Joey meninggal dunia pada malam tadi.
Dianiaya kawan baik sendiri, Joey sokong Watie Elite buka semula kes siasatan
Penyanyi dan pelakon Zulkifli Daud atau Joey mendakwa isterinya pelakon Watie Sadali (Elite) dianiaya kawan baik sendiri.
MLM 2014: Pasal kes Sepahtu, kami dah clear awal-awal dulu - Rahim
Rahim menafikan penubuhan kumpulan Jalor berpunca daripada sebarang isu yang terjadi di antara dia dengan Shuib dan Jep.