VOKALIS kumpulan Bunkface, Sam enggan mengulas lanjut berhubung perbicaraan pindaan bayaran nafkah anaknya, Maleeq, 7, yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.
Menurut Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Baharom, 35, dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan kes perbicaraan sedang berlangsung.
"Sebenarnya hari ini tak boleh beri sebarang komen sebab kenyataan yang keluar sebelum ini meliputi semuanya termasuk kes nafkah.
“Sekarang ini kes nafkah sedang berjalan dengan baik. Segala info saya sudah berikan sebelum ini. Kalau ada apa-apa (persoalan) tanya Aida," katanya ketika ditemui Gempak.
Sam hadir ke mahkamah ditemani oleh isterinya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.
Sementera itu, bekas isterinya, Aida Azira Husin menolak untuk memberi sebarang kenyataan dan bergegas keluar dari pekarangan mahkamah.
Menurut rakan yang menemaninya, Takie memberitahu Aida akan memberi kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan dalam tempoh terdekat.
Menerusi kes perbicaraan hari ini, Sam diwakili peguam syarie, Liyana Sihar memohon semua pihak menghormati prosedur mahkamah.
“Kes sedang berjalan, dan kita hormatlah prosedur mahkamah. Cuma, kita minta semua pihak menghormati pihak yang lain sebab kes ini dah lama berjalan sebenarnya.
“Jadi, beri peluang kepada semua pihak supaya tidak timbul salah faham,” ujarnya.
Semalam, Sam menerusi satu hantaran Instagram menegaskan tak pernah langsung mengabaikan tanggungjawab dan nafkah anak walaupun sebulan.
Dedahnya lagi, dia juga memberitahu Maleeq kini dijaga oleh ibu Aida di Melaka sekaligus mempersoalkan jumlah nafkah yang perlu dibayar iaitu berjumlah RM1,300 sebulan.
Terdahulu, pada 29 Mac lalu Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.
Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi terbabit, selain meminta bukti andai tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.
Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan sebuah stesen televisyen pada 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Gempak
Gempak
Mon Apr 03 2023

Terdahulu, pada 29 Mac lalu Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka. - Sumber foto Astro Gempak

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

'Apa-apa tanya Aida' - Sam Bunkface enggan komen isu nafkah
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam enggan mengulas lanjut berhubung perbicaraan pindaan bayaran nafkah anaknya, Maleeq, 7, yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.