KUALA LUMPUR: Filem animasi nombor satu negara, Mechamato Movie melakar sejarah sebagai filem animasi tempatan pertama menembusi layar perak Jepun dan akan mula ditayangkan di lebih 30 pawagam di negara itu mulai 19 Jan ini.
Filem tersebut yang merupakan animasi karya MONSTA dan Astro Shaw, telah mengutip RM36 juta sewaktu penayangannya pada 2022.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA Nizam Abd Razak berkata tayangan perdana telah diadakan di sebuah pawagam di Tokyo semalam yang dihadiri barisan pelakon suara, media, peminat dari Jepun dan rakan strategik MONSTA.
Beliau berkata rata-rata penonton memberi reaksi yang positif dan lebih membanggakan penggiat animasi di sana turut memuji hasil kualiti filem Mechamato Movie.
"Kami menerima banyak reaksi yang mengujakan daripada penonton pada tayangan perdana di Jepun ini. Mereka tidak sangka Malaysia mampu menghasilkan animasi bertaraf antarabangsa dengan jalan cerita yang mampu 'melekatkan' anak-anak mereka di kerusi selama 116 minit.
"Kami juga akan membawa masuk versi alih suara Jepun ini ke Malaysia kerana kami yakin peminat Mechamato pasti tidak mahu terlepas peluang menonton versi ini pula," katanya semasa acara Tayangan Perdana Mechamato Movie di AEON Chofu, Tokyo semalam.
Menurut Nizam MONSTA menerima nasihat dan bantuan rakan strategik di Jepun untuk mendapatkan pelakon suara atau 'seiyuu' yang terkenal bagi Mechamato Movie seperti Ayumu Murase sebagai Amato, Yoshitsugu Matsuoka sebagai MechaBot dan Kenjiro Tsuda sebagai Jeneral Grakakus.
"Kami dapati gaya pemasaran di Jepun amat berbeza. Pelakon suara mereka mempunyai barisan peminat dan daya tarikan tersendiri. Kami harap usaha ini dapat menarik minat warga Jepun untuk menonton filem kebanggaan Malaysia ini dan berkongsi pengalaman mereka pula," katanya.
Malah, lagu tema Mechamato Movie yang berjudul 'Temaniku' nyanyian artis tempatan Yonnyboii turut dinyanyikan semula dalam bahasa Jepun oleh penyanyi RUKA dari Jepun dan diberikan tajuk 'Tomodachi', bersesuaian dengan pemasaran di luar Malaysia.
Sebelum ini, siri Mechamato musim pertama dan kedua merupakan karya pertama dari Malaysia yang berjaya ditayangkan di televisyen nasional Jepun menerusi saluran TOKYO MX.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024

Filem tersebut yang merupakan animasi karya MONSTA dan Astro Shaw, telah mengutip RM36 juta sewaktu penayangannya pada 2022. - Gambar Instagram Mechamato
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Animasi tempatan Mechamato Movie tembusi layar perak Jepun
Filem animasi nombor satu negara, Mechamato Movie melakar sejarah sebagai filem animasi tempatan pertama menembusi layar perak Jepun.

Rakyat diharap terus beri sokongan kepada industri filem tempatan - Fahmi
Beliau berkata Mechamato Movie merupakan antara filem animasi yang mampu mencuit setiap hati penonton.

Malaysia berbangga! Mechamato Movie kutip RM5 juta dalam masa 3 hari
Mechamato Movie berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta hanya dalam tempoh tiga hari tayangan.