FILEM Mencuri Raden Saleh arahan sutradara Angga Dwimas Sasongko ternyata membawa satu kelainan dalam industri perfileman Indonesia.
Mengusung tema aksi heist rompakan, filem yang dibintangi enam bakat muda itu telah membuktikan bahawa industri tempatan Indonesia mampu mengeluarkan sebuah naskhah yang sangat jarang dihasilkan.
Menurut pengarahnya, pembikinan Mencuri Raden Saleh telah berjaya memadam stigma sesetengah masyarakat yang meragui kebolehan produksi perfileman di negara tersebut.
“Kalau kita (masyarakat) selama ini ragu-ragu tentang pembikinan filem Indonesia, kali ini dengan enam bakat muda, kru yang bagus, filem ini telah berjaya membuktikan segalanya dan bukan sekadar imaginasi semata-mata
“Tiada perasaan lain selain rasa bangga dengan semua yang terlibat dalam filem ini. Konsep yang saya pegang adalah, setiap orang yang terlibat dalam filem ini mempunyai hak dan pandangan masing-masing terhadap Mencuri Raden Saleh kerana ini adalah filem kami bersama,” ujarnya menerusi laporan detikfakta.com.
Terdahulu, media tempatan Indonesia melaporkan, Mencuri Raden Saleh telah berjaya menghiburkan lebih 2.3 juta penonton di negara itu sejak mula ditayangkan pada 25 Ogos lalu.
Mencuri Raden Saleh dibarisi pelakon muda berbakat besar seperti Iqbaal Ramadhan, Angga Yunanda, Aghniny Haque, Rachel Amanda, Umay Shahab dan Ari Irham.
Sinopsis
Filem Mencuri Raden Saleh mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa.
Namun, misi mereka dikhianati dan mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan nama baik mereka.
Saksikan Mencuri Raden Saleh yang kini sudah ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan turut mengikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. -Gempak
Gempak
Sat Sep 24 2022
Pembikinan Mencuri Raden Saleh telah berjaya memadam stigma sesetengah masyarakat yang meragui kebolehan produksi perfileman di negara tersebut. -Gempak
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Angkat tema jarang dibawa, Mencuri Raden Saleh padam stigma masyarakat
Mengusung tema aksi heist rompakan, filem yang dibintangi enam bakat muda itu telah membuktikan bahawa industri tempatan Indonesia mampu mengeluarkan sebuah naskhah yang sangat jarang dihasilkan.