PASHA kini berada di Bandar Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia bersama beberapa badan kebajikan dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di wilayah tersebut.
Menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di laman Instagram (IG)nya, Pasha tidak kekok membantu penduduk di Palu mengangkat jenazah mangsa tsunami.
Malah, dia juga kelihatan sangat sibuk dan tak menang tangan melakukan kerja-kerja seperti penyediaan keperluan serta kelengkapan harian penduduk.