KUALA LUMPUR: Anak Rimau The Movie, sebuah filem yang mengetengahkan elemen perpaduan dan nasionalisme pelbagai kaum mampu memupuk semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker.
Bukan itu sahaja, baginya filem berlatarkan sukan bola sepak lakonan pelbagai bangsa itu membawa mesej supaya setiap individu perlu terus berjuang tanpa mengenal erti putus asa sekiranya mahu mengecap kejayaan.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada barisan pelakon dan krew Anak Rimau atas usaha mereka yang luar biasa dalam mempamerkan satu daripada faktor yang menyatukan kita dan telah menaikkan semangat kita di negara ini iaitu bola sepak.
"Misi kami di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah untuk membentuk Malaysia yang lebih makmur dan bersatu melalui pembangunan belia dan budaya sukan, dan kisah Anak Rimau The Movie adalah contoh sempurna tentang apa kami sasarkan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas tayangan eksklusif Anak Rimau The Movie.
Filem berkenaan dihasilkan melalui usaha sama Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan KBS.
Filem terbitan Keeklr Films Sdn Bhd menampilkan barisan aktor terkenal seperti Beto Kusyairy, Azhan Rani dan Adam Corrie, dalam filem yang mengangkat semangat dan perjuangan generasi baharu dalam mengejar impian sebagai pemain bola sepak.
Turut hadir pada tayangan filem berkenaan ialah Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mu'adzam Sultan Ahmad Shah,Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah dan Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Sementara itu, legenda bola sepak negara Datuk Dollah Salleh berkata penyertaan pemain muda AMD dalam pementasan filem mampu menarik minat lebih ramai anak muda untuk menyertai sukan bola sepak.
"Banyak kebaikannya untuk anak-anak muda kita contoh yang terbaik kita dapat tengok dari segi filem ini mungkin lagi ramai anak-anak muda dapat menceburi liga bola ini.
"Apa yang kita dapat lihat dalam bola sepak satu daripadanya adalah masa depan mereka jadi saya rasa kita kena ikutlah apa (pengajaran) yang dalam filem ini memberi untuk anak-anak muda lebih bersemangat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

Filem berlatarkan sukan bola sepak lakonan pelbagai bangsa itu membawa mesej supaya setiap individu perlu terus berjuang tanpa mengenal erti putus asa sekiranya mahu mengecap kejayaan.
Lapor serangan seksual: Mangsa OKU perlu lebih sokongan, bantuan - CPS KL
Badan bukan kerajaan Children’s Protection Society (CPS) Kuala Lumpur, bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) tampil menganjurkan majlis berbuka puasa meraikan golongan OKU penglihatan dan anak-anak keluarga B40 semalam, yang turut diberi pengisian tentang kesedaran terhadap peningkatan kes serangan seksual.
KKM semak penafian APHM, bayar guna insuran lebih rendah
Kementerian Kesihatan akan menyemak kenyataan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berhubung dakwaan tiada perbezaan ketara dalam kos antara pesakit berinsurans dan pesakit yang membayar sendiri.
Kertas cadangan C4P dibentangkan kepada JPA Mei ini
Kertas cadangan untuk memberi autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P) kini di peringkat akhir dan dijangka dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Mei ini.

Pejalan kaki warga emas maut dilanggar di Miri
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Airport, Miri, bahagian utara Sarawak malam tadi.
Consider This: Congestion Pricing (Part 1) — What Will Make Traffic Finally Move?
Kuala Lumpur’s worsening traffic congestion is costing Malaysia RM20 billion annually, according to a 2020 Prasarana study. Now, the government is considering a congestion charge—a fee imposed on vehicles using certain roads at peak hours—it’s expected to reduce traffic by an estimated 20%. But will it work? How will it be implemented? And will it place an unfair burden on road users? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Hizal Hanis Hashim, Head of Corporate Communications and Knowledge Management at the Malaysian Institute for Road Safety Research (MIROS).

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
AWANI Borneo [10/3/2025] – Banjir Sabah & Sarawak | Cetus kekecohan | ASEAN
AWANI Borneo Isnin, 10 Mac 2025 bersama Fauzi Zin.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Sarawak pulih sepenuhnya.
Lelaki mengamuk di gereja ditahan.
Brunei catat peningkatan jumlah pelancong pada 2024.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Sarawak pulih sepenuhnya.
Lelaki mengamuk di gereja ditahan.
Brunei catat peningkatan jumlah pelancong pada 2024.

SPRM reman penjawat awam terima rasuah daftarkan pusat jagaan
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.
Pengajian tinggi percuma diperluas kepada UiTM Sarawak
Tidak lagi terhad kepada institusi milik kerajaan Sarawak, inisiatif pendidikan tinggi percuma akan diperluaskan kepada warga Sarawak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negeri itu.
2,000 anggota APM diatur gerak ke Sabah, Sarawak
Seramai 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri Sabah dan Sarawak terlibat dalam kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas banjir.

'Anak Rimau The Movie' pupuk semangat patriotisme
Filem berlatar sukan bola sepak itu membawa mesej supaya setiap individu perlu terus berjuang tanpa mengenal erti putus asa.