PENYANYI Salma Mentor akur dengan keputusan mahkamah yang memerintahkan suaminya bekas peserta AF9, Azri dihukum penjara 14 hari.
Selain itu, Azri turut didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan mendera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, dua tahun lalu.
Hakim Norshila Kamaruddin membuat keputusan itu dan memerintah hukuman itu berjalan bermula semalam.
Jelas Salma, dia dan suami menerima keputusan mahkamah ini dengan reda.
“Kami anggap ini sebagai ujian dari yang Maha Esa buat keluarga kami. Tiada apa yang boleh saya cakapkan selain kami menerima takdir ini.
“Cuma yang membuatkan saya sedih sangat bila balik rumah anak-anak tanya di mana ayah mereka. Sebab Azri dengan anak-anak sangat rapat.
“Azri yang rajin melayan semua permintaan mereka. Jadi bila Azri tak ada, mereka tercari-cari,” kata Salma sayu.
Terdahulu di laman Instagramnya, Salma ada memuat status menyatakan perasaannya.
“Allah sebaik-baik perancang. Mengaku tidak semestinya bersalah. Kami lebih mengenalinya,” tulis Salma.
Penyanyi ini juga meminta agar masyarakat tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi yang boleh mendatangkan fitnah.
Azri atau nama sebenarnya, Mohamad Azri Abdullah, 31 tahun, membuat pengakuan bersalah pada hari pertama perbicaraan kelmarin.
Dia mengaku melakukan penganiayaan terhadap anak perempuan tirinya berusia 10 tahun ketika itu dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit pangsapuri, Jalan Putra Indah 9/1C, Seksyen 9, Subang Jaya di sini, jam 8 pagi, pada 5 Mei, 2016.
Ahli keluarga Azri, termasuk Salma dan anak-anaknya, menangis tidak dapat menahan kesedihan mereka terhadap keputusan itu.
Wanita dipercayai ibu Azri memeluk erat anaknya di kandang pesalah sehingga terpaksa ditenangkan oleh polis mahkamah.
Terdahulu, peguam Fahmi Ahmad Moin dalam hujahan mitigasinya berkata, anak guamnya Azri, ketika kejadian sedang menyediakan air mandi untuk bayi mereka yang berusia setahun.
"Pada masa sama, mangsa bergaduh dengan seorang lagi anaknya.
"Tujuan Azri memasukkan tangan mangsa ke dalam tub mandi yang berisi air panas bagi memandikan bayi adalah sekadar untuk menakutkannya," katanya.
Menurutnya, gambar tangan mangsa yang diambil oleh pegawai penyiasat kelihatan serius.
"Ini adalah disebabkan oleh mangsa menghidapi penyakit eczema yang teruk sejak berusia satu tahun," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya V Suloshani menyangkal perkara itu kerana fakta kes yang diakui oleh Azri menyatakan lelaki itu mencelup tangan mangsa ke dalam air panas di dalam periuk selepas mendapati coklat yang dibelinya tiada.
"Kecederaan yang dialami mangsa adalah serius sehingga terpaksa dirawat di hospital selama 19 hari," katanya.
Justeru, Solushani memohon hukuman setimpal terhadap Azri.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sinar Harian
Sat Apr 21 2018

Azri dan Salma serta anak-anak dalam satu gambar yang dimuat naik ke laman sosial. Foto Sinar Harian
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.
Trump mahu pulihkan hubungan dengan Jong-Un
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyuarakan hasratnya untuk memulihkan hubungan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang terjalin semasa penggal pertamanya sebagai presiden.

Pemaparan harga ubat bukan bertujuan kawal harga, beri akses maklumat kepada pengguna - Armizan
Perintah pemaparan harga ubat di klinik dan hospital swasta berkuat kuasa 1 Mei depan bukan bertujuan mengawal harga ubat.

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Anak-anak tanya mana ayah mereka - Salma Mentor
Jelas Salma, dia dan suami menerima keputusan mahkamah ini dengan reda.