Selepas menghilangkan diri selama 15 tahun dari persada seni, penyanyi Amelina mengakui pada mulanya dia berasa kekok kembali ke studio rakaman.
Bagaimanapun, Amelina yang suatu masa dahulu pernah digelar ratu dangdut Malaysia berkata dengan tunjuk ajar dari komposer/penyanyi Ajai dan isteri, perasaan kekok itu hilang tiba-tiba.
“Saya kekok bila masuk ke studio rakaman dan bekerja dengan Ajai, kemudian lama kelamaan saya selesa.
“Ajai dan Kak Liza (PA) banyak membantu dalam memberikan tunjuk ajar. Saya kini bagai bertatih semula ke bidang ini” kata Amelina ketika kunjungannya ke Astro AWANI.
Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin bakal muncul dengan lagu popularnya "rindu" yang diberi nafas baru dengan genre 'progresif etnik' Januari ini.
Setelah menghilang dari persada seni selama 15 tahun, kemunculan semula Amelina yang kini berusia 40 tahun bagai memberi satu gelombang baru buat irama dangdut.
Gembira dengan sambutan peminat, amelina dalam masa yang sama tidak menyangka ramai yang merindukannya.
"Bila tengok di Instagram, ramai betul yang memberikan komen positif.
“Ada juga yang tag kawan-kawan ‘ingat tak lagu ni’ dan saya rasakan kemunculan semula saya di industri seni seolah-olah mengimbau kenangan dan saat dulu peminat" katanya.
Namun Amelina turut berasa sedih apabila masih ada stesen radio yang terikat dengan format – tidak boleh memainkan lagu berirama dangdut.
Kata Amelina, genre dangdut adalah merupakan satu cabang muzik yang ada peminatnya yang tersendiri.
"Bagilah peluang,bukan peluang pada kaklin, bukan pada artis dangdut tetapi peluang kepada muzik ini, kerana muzik ini adalah istimewa sebenarnya" katanya mengakhiri bicara.
Azyyati Ahmad
Tue Dec 09 2014
![Amelina akui kekok kembali ke studio Amelina akui kekok kembali ke studio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/41418126916_295x200.jpg)
Ketika kunjungannya, Amelina sempat bergambar bersama Eksekutif Editor Astro AWANI, Razak Chik
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Konsert Exists X Orkestra hampir lengkapkan kembara 32 tahun Exists Konsert Exists X Orkestra hampir lengkapkan kembara 32 tahun Exists](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694855325_TBEXIST.jpg)
Konsert Exists X Orkestra hampir lengkapkan kembara 32 tahun Exists
Bakal berlangsung pada 22 Disember ini, Exists X Orkestra akan menyaksikan kugiran ini bergabung dengan lebih 30 pemain orkestra penuh.
![Nourul Wahab luah rasa seperti dipinggirkan anak, Ajai: Sebagai bapa saya pujuk Ayu... Nourul Wahab luah rasa seperti dipinggirkan anak, Ajai: Sebagai bapa saya pujuk Ayu...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694728438_NourulWahab.jpg)
Nourul Wahab luah rasa seperti dipinggirkan anak, Ajai: "Sebagai bapa saya pujuk Ayu..."
Ajai sifatkan perselisihan faham antara anak dan ibu perkara biasa dan yakin boleh diselesaikan.
![Finale Big Stage 2023: Ini 10 perkara menarik perlu anda tahu Finale Big Stage 2023: Ini 10 perkara menarik perlu anda tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688876549_BigStage.jpg)
Finale Big Stage 2023: Ini 10 perkara menarik perlu anda tahu
Malam ini kita akan tahu siapa yang bakal membawa pulang gelaran juara Big Stage 2023.
![Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688374467_TBAjai.jpg)
Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai
Ajai juga mengakui bahawa dirinya sekadar menunjukkan dua sisi berbeza mengikut situasi.
![Big Stage 2023: Saya rasa Aina tak suka saya - Farhan Shah Big Stage 2023: Saya rasa Aina tak suka saya - Farhan Shah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686529419_BigStageFarh.jpg)
Big Stage 2023: "Saya rasa Aina tak suka saya" - Farhan Shah
Alamak, betul ke Aina Abdul tak suka Farhan Shah?
![Big Stage 2023: Saya minta maaf, minggu depan saya... - Naufal Azrin Big Stage 2023: Saya minta maaf, minggu depan saya... - Naufal Azrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684117973_BigStage.jpg)
Big Stage 2023: "Saya minta maaf, minggu depan saya..." - Naufal Azrin
Naufal juga memohon maaf kepada peminat-peminat Isaac jika dirinya menjadi punca Isaac disingkirkan pada minggu ini.
![Big Stage 2023: Komen kasar? Isaac Voo tidak berkecil hati dengan Ajai Big Stage 2023: Komen kasar? Isaac Voo tidak berkecil hati dengan Ajai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684116602_BigStage.jpg)
Big Stage 2023: Komen kasar? Isaac Voo tidak berkecil hati dengan Ajai
Isaac Voo tidak berkecil hati dan mengambil kritikan sebagai pembakar semangat untuk meneruskan perjuangannya dalam industri muzik.
!['Lagu ni ada sebelum anak saya lahir lagi' - Azmi Saat ubat rindu dengan Permataku 'Lagu ni ada sebelum anak saya lahir lagi' - Azmi Saat ubat rindu dengan Permataku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658623464_azmi.jpg)
'Lagu ni ada sebelum anak saya lahir lagi' - Azmi Saat ubat rindu dengan Permataku
Azmi tampil solo dengan lagu "Permataku" yang dicipta khas oleh komposer Ajai buat cahaya mata syurganya.
![Big Stage 2022: Ajai, Siti Nurhaliza sebak terkenangkan arwah Siti Sarah Big Stage 2022: Ajai, Siti Nurhaliza sebak terkenangkan arwah Siti Sarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645410659_Sitinurhalizaajai.jpg)
Big Stage 2022: Ajai, Siti Nurhaliza sebak terkenangkan arwah Siti Sarah
Ajai dan Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak selepas mendengar Aisha Retno menyanyikan lagu Kesetian nyanyian asal Siti Sarah.
![Ajoi Zainal, Aisha Retno dan 'Jerung Merah' antara peserta Big Stage musim keempat Ajoi Zainal, Aisha Retno dan 'Jerung Merah' antara peserta Big Stage musim keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642583061_TBBigStage.jpg)
Ajoi Zainal, Aisha Retno dan 'Jerung Merah' antara peserta Big Stage musim keempat
11 peserta akan bersaing untuk merebut gelaran Juara Big Stage 2022.