Amelia yang berusia 23 tahun menerima Anugerah Star Model 2019 dalam kategori Malaysia pada hari ketiga acara tersebut.
Majlis penyampaian anugerah diadakan di Dewan Olimpik di Seoul, Korea Selatan dan dihadiri ramai selebriti Korea terkenal termasuk Han Seung Yeon, Kim Hye Yoon, Eum Joon Suk, (G) I-DLE, Stray Kids dan bekas anggota Wanna One Park Ji Hoon dan Lai Kuan Lin.
Dalam ucapannya, Amelia berkata beliau amat bersyukur menerima anugerah itu dan melihat ia satu penghormatan untuk mewakili Malaysia.
"Ini satu penghormatan dan saya berasa sangat bernasib baik kerana dapat mewakili Malaysia yang indah.
"Bagi semua orang di [Malaysia], saya ingin mengucapkan ‘terima kasih’ dan ‘kamsahamida’," katanya.