Bagi yang tidak puas sekadar menyambut tahun baru di depan televisyen di mana lokasi menarik untuk menyambut tahun baru ini?

Gala TV memilih Dataran Putrajaya sempena Ambang Putrajaya 2013.

Ambang Putrajaya bakal menggabungkan artis lama dan baru di Dataran Putrajaya Presint 3.

Antara artis yang bakal menghiburkan peminat ialah Datuk M Nasir, Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Ramli Sarip, Wings dan Mizz Nina.

Selain itu penajanya, AmBank juga bakal menyambut tetamu dengan tarian Gangnam AmBank Way.

Konsert Ambang yang bermula 8:30 malam itu adalah kerjasama dengan Perbadanan Putrajaya.