SHAH ALAM: Gagal menambat hati juri dengan persembahannya, perjalanan Ezad Lazim dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) akhirnya terhenti.
Menyanyikan lagu Seksa nyanyian asal Ukays, Ezad hanya memperoleh 58 peratus markah daripada juri tetap.
Selain Ezad turut berada di tangga tiga terbawah adalah Aliff Aziz (60%) dan Nikki Palikat (59.75%)
Persembahan penutup yang mantap daripada Hardy Mirza berjaya memberinya kedudukan pertama sekali gus merampas kedudukan tersebut daripada Liza Hanim.
Selain Hardy, Jaclyn Victor dan Liza Hanim turut berada di tangga tiga teratas masing-masing dengan markah 75.75 peratus dan 70.25 peratus.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selama 12 minggu.
Untuk minggu kelapan, 10 peserta yang tinggal akan menyampaikan lagu yang dipilih oleh ketua juri, Datuk Ramli MS.
Juara tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.
All Stars Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Asyraf Roslan
Mon Nov 06 2023

Menyanyikan lagu Seksa nyanyian asal Ukays, Ezad hanya memperoleh 58 peratus markah daripada juri tetap. - Astro/Azrul Rafie
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

Azharina disahkan hidap kanser, bakal dibedah
Penyanyi Azharina Azhar mendedahkan menghidap kanser, bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit dihidapinya.

Kes saman lima sekawan: Siti Nordiana lega, nak 'move on'!
Penyanyi Siti Nordiana menyatakan bahawa dirinya telah melupakan isu saman terhadap lima sekawan yang telah selesai baru-baru ini.

All Stars Gegar Vaganza: Jangkaan tersasar, Liza Hanim tetap menang di hati peminat
Meskipun tidak berjaya, Liza Hanim tetap bersyukur kerana dapat menamatkan musim ini dengan satu penamat yang indah.

All Stars Gegar Vaganza: Jaclyn Victor dedikasi hadiah kemenangan untuk anak-anak
Jaclyn berkata dia berhasrat mengadakan majlis bersama dengan kelab peminat kelak tanpa perlu menggunakan wang kemenangan itu.

Juri sebulat suara memilih Jac untuk menang - Datuk Syafinaz
Syafinaz berkata keputusan mengangkat Jaclyn Victor sebagai juara dibuat sebulat suara juri tetap ASGV.

All Stars Gegar Vaganza: Ini ranking semua finalis - Hady Mirza tempat kedua, Liza Hanim...
Menurut Idlan, pihak produksi mahu memberikan fokus kepada pengumuman juara pada penghuhung konsert.

All Stars GV: ‘Back to back’, Jaclyn Victor dinobat juara sekali lagi
Selepas 12 minggu berhempas pulas di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) gelaran juara akhirnya menjadi milik Jaclyn Victor.

Siapa bakal juara All Stars Gegar Vaganza?
Liza Hanim diramal berpeluang jadi juara, Hady Mirza pula disifatkan saingan paling rapat.

All Stars Gegar Vaganza: Netizen petik dua nama untuk ramalan juara!
Menerusi tinjauan di media sosial, netizen sudah mula meramalkan juara All Stars Gegar Vaganza pilihan mereka.