KUALA LUMPUR: Selepas timbul spekulasi mengenai kehamilannya, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein mengesahkan dirinya kini dirinya berbadan dua.

Elly atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya, pada Isnin malam.

“Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant.

“Syukur.. Insya-Allah tidak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami.

"Atuk akan dapat seorang cucu lagi. Papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak manja (anak sulungnya) akan dapat adik.

"Manja (Putri Sara Sefhia) mahu adik perempuan. Tetapi bagi kami, apa pun jantinanya, kami tak kisah, asalkan bayi itu sihat dan dipermudahkan," ujarnya.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by



Menerusi muat naik itu juga, Elly juga mengucapkan terima kasih buat semua orang terutama peminatnya kerana mendoakannya segera menimang cahaya mata selama ini.

"Terima kasih atas doa wahai kesayangan semua. Terima kasih kerana sentiasa bersama saya dari saat getir hingga saat pelangi kebahagiaan datang menerpa.

"Doa saya agar Allah permudahkan urusan anda semua," kata artis serba boleh yang mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom.

Terdahulu, timbul spekulasi apabila ramai peminat mula memperkatakan artis itu hamil anak kedua selepas melihat terdapat perubahan terhadap fizikalnya.

Elly mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Mohammad Azlan Che Noh pada 18 Januari 2020.

Dia juga pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun, bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkongsian hidupnya bersama Azmi, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Puteri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.