Pelakon dan penggiat seni, Profesor Madya Dr Abdul Samat Salleh, meninggal dunia pada usia 73 tahun di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang kira- kira jam 1.20 petang tadi.
Beliau yang juga bekas Pensyarah Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia( USM) Pulau Pinang, menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga .
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke HKB pada Januari lalu akibat penyakit paru-paru yang dihidapinya.
Difahamkan jenazah Allahyarham Dr. Samat akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas selepas Maghrib.
Beliau memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1969 kemudian menjadi Pensyarah Seni di USM pada Mei 1984 dan bersara pada tahun 2000.
Bagaimanapun khidmatnya disambung secara kontrak sehingga tahun 2016.
Selepas bersara, minat mendalam dalam bidang seni mendorong Allahyarham bergiat aktif dalam bidang lakonan dan pengarahan teater dengan menghasilkan beberapa naskhah seni bermutu tinggi.
Namanya begitu sinonim dengan pementasan naskhah-naskhah kotemporari selain membintangi drama-drama televisyen.
Sentuhan Dr. Abdul Samat mampu menghidupkan apa sahaja naskhah ke pentas atau ke layar kaca.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah mementaskan beberapa naskhah hebat termasuk Bakawali dan Jula-Juli Bintang Tujuh.
Astro Awani
Tue Mar 13 2018
Allahyarham memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1969 kemudian menjadi Pensyarah Seni di USM pada Mei 1984 dan bersara pada tahun 2000. - Foto Astro AWANI
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
Al-Fatihah: Pelakon dan bekas pensyarah USM, Abdul Samat Salleh meninggal dunia
Pelakon dan penggiat seni, Profesor Madya Dr Abdul Samat Salleh, meninggal dunia pada usia 73 tahun di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang kira- kira jam 1.20 petang tadi.