Aktres yang cukup dikenali dengan penglibatannya sebagai aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dilaporkan akan membuka sebuah sekolah untuk para perempuan di Afghanistan.

Menurutnya ia boleh memuatkan antara 200 hingga 300 pelajar dimana Jolie berharap untuk terus membina sekolah di negara itu sekaligus membantu lebih ramai kaum wanita.

Selain itu, Jolie juga bercadang untuk menjual koleksi aksesori rekaanya “Style Of Jolie” dimana 100 peratus keuntungan akan disalurkan kepada yayasannya, “The Education Partnership For Children Of Conflict”.

Aktres berusia 37 tahun itu merupakan duta Muhibah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian.

Sinonim dengan kerja-kerja kebajikan, Jolie pernah melawat kem pelarian di Syria di Congo untuk bertemu mangsa keganasan seksual.