KUALA LUMPUR: Bila menyebut nama mendiang Michael Jackson, pasti ramai mengaguminya sebagai penghibur yang lincah menari sambil menyanyi dan sehingga kini karya seni serta rentak tariannya tetap diingati walaupun beliau sudah meninggal dunia pada 2009.
Tidak terkecuali di Malaysia, raja pop itu mempunyai peminat tersendiri dengan ada yang bukan sahaja mampu melantunkan lagu-lagu mendiang malah berupaya menari lincah mengikut gerak-geri Jackson lengkap berpakaian hampir serupa.
Pada awal tahun ini muncul seorang pemuda, Ahmad Ebadey Ahmad Salleh, 24, dari Semporna, Sabah yang mempunyai bakat tarian dan menyanyi mirip penghibur legenda itu sehinggakan video persembahannya meraih pujian serta tular menerusi media sosial.
Dengan mengenakan topi, jaket hitam dan sarung tangan sambil melakukan gerak tarian 'moonwalk' ketika melakukan persembahan, kemunculan Ahmad Ebadey menampakkan dirinya seperti jelmaan Michael Jackson.
Ahmad Ebadey ketika ditemui Bernama baru-baru ini berkata beliau mempelajari dan berlatih nyanyian serta gaya tarian Jackson sejak berumur sembilan tahun.
"Bermula daripada ayah yang sering memainkan lagu-lagu Michael Jackson, secara tidak langsung ia telah menimbulkan minat kepada saya untuk mempelajari rentak tarian dan berlatih sendiri di rumah.
"Klip video tarian Michael Jackson juga banyak memberi inspirasi kepada saya, mula-mula saya belajar pergerakan, lama-lama apabila sudah dapat rentak baru menyanyi, jadi ambil masa belasan tahun juga untuk saya menjiwai kedua-duanya," katanya.
Bercerita lanjut, bekas operator kilang di Shah Alam, Selangor itu berkata beliau tidak terlintas video persembahannya di sebuah restoran di Bandar Sunway tular dan mendapat reaksi ribuan warga maya kerana ia dibuat hanya untuk suka-suka dan menghiburkan orang ramai.
Menurut Ahmad Ebadey, beliau mula melakukan persembahan secara langsung di khalayak ramai pada November lepas selepas menerima tawaran daripada kumpulan busker, 'Project-X Band' yang kerap mengadakan persembahan di restoran tersebut.
"Saya asalnya merupakan pelanggan tetap di sebuah restoran tempat Project-X Band selalu buat persembahan. Selepas habis waktu bekerja, saya akan datang (ke restoran) dan lepak bersama kawan-kawan. Kadang-kadang saya akan menyanyi juga.
"Selepas mereka (Project- X Band) tahu saya sudah berhenti kerja, mereka menawarkan saya supaya menyanyi 'busking' sepenuh masa bersama-sama dan ini mungkin rezeki saya kerana selama ini tidak berpeluang," katanya yang merantau ke Lembah Klang sejak 2019.
Ahmad Ebadey yang masih bujang berkata kelengkapan pakaian mirip Jackson dibeli sendiri supaya persembahannya dilihat lebih sempurna ketika menyanyi lagu-lagu ikon pop itu.
Antara lagu popular Jackson yang sering dipersembahkan Ahmad Ebadey ialah Billie Jean, Beat It, Bad dan Smooth Criminal.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Rizal Ezuan Zulkifly Tony berkata Ahmad Ebadey berjaya menerapkan nilai muzik dan nilai tari yang sangat baik kerana boleh meniru gaya Jackson dalam keadaan yang 'selesa'.
"Ada orang boleh tiru tarian tetapi apabila melakukan pergerakan (tarian), orang itu kurang selesa menyanyi, bagi Ahmad Ebadey saya nampak beliau selesa melakukannya.
"Ini kerana secara psikologi otak Ahmad Ebadey telah dilatih sejak kecil lagi untuk fokus melakukan dua perkara dengan serentak. Ditambah pula dengan minat, bakat dan kerja keras yang beliau lakukan," katanya yang yakin bakat Ahmad Ebadey dapat dikembangkan sekiranya dilatih secara formal mengenai ilmu muzik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Ahmad Ebadey melakukan persembahan di Restoran Air Tangan Ara, baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Ahmad Ebadey 'jelmaan' Michael Jackson dari Sabah
Ahmad Ebadey mempunyai bakat tarian dan menyanyi mirip penghibur legenda itu sehingga video persembahannya meraih pujian dan tular.