KUALA LUMPUR: PELAKON dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki mencatat satu lagi pencapaian baharu dalam profil seninya apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula 7 Julai lalu.
Pelantikan itu juga memperlihatkan pemilik nama penuh Afdlin Shauki Aksan menjadi artis pertama yang memegang jawatan tersebut.
Mengulas mengenai pelantikannya itu, Afdlin berkata, beliau terkejut apabila diminta menghantar curriculum vitae kepada DBKL, sebelum ditawarkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Penasihat itu.
Selain Afdlin, terdapat 10 lagi ahli baharu yang dilantik sebagai lembaga penasihat bagi menawarkan nasihat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.
"Saya anggap ini adalah kepercayaan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada anak seni seperti saya.
"Saya percaya, pelantikan saya boleh membantu memberi pemahaman kepada pihak DBKL mengenai permasalahan artis melibatkan persembahan sama ada nyanyian atau program langsung.
"Kuala Lumpur juga menjadi antara lokasi paling ramai pekerja seni. Jadi saya berharap bandar ini boleh menjadi hab seni supaya kita boleh menarik lebih ramai anak muda menyertai industri seni, bukan hanya di depan tabir, tetapi juga di belakang," katanya kepada Sinar Harian.
Berharap dapat menjadikan ibu kota sebagai hab pusat seni, figura berusia 52 tahun itu menjelaskan, biarpun Kuala Lumpur sudah dikenali di mata dunia, tetapi tidak salah untuk memperkenalkan bandar ini sebagai kota seni.
"Kalau kita lihat di negara luar, ada bandar yang mereka jadikan hub seni untuk menarik lebih ramai pelancong dan mengapa tidak untuk kita lakukan perkara sama di Kuala Lumpur.
"Kita mungkin boleh anjurkan pelbagai festival kesenian bertaraf antarabangsa atau aktiviti lain yang menarik bukan hanya untuk warga tempatan, tetapi juga pelancong," jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya adakah penglibatannya ini bakal membuka jalan buat Afdlin melangkah ke dunia politik, bintang Papadom itu mempunyai jawapan tersendiri.
"Buat masa ini saya tak nak jadi ahli politik dan mahu memberi fokus kepada tugas ini terlebih dahulu. Bagaimanapun untuk masa akan datang, saya tidak pasti," tuturnya ringkas.
Sementara itu, berkongsi berkaitan karier seninya, Afdlin berkata, beliau masih aktif dan jawatan baharu ini tidak membataskan kerjayanya.
"Insya-ALLAH filem saya, Baik Punya Along akan keluar awal tahun depan dan saya juga akan mengarahkan sebuah lagi filem baharu dalam masa terdekat.
"Walaupun ada tugas baharu, tetapi ia tidak menganggu kerjaya seni saya dan saya akan ke pejabat sekiranya diperlukan kerana ia bukan kerja tetap," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 14 2023
Afdlin menerima watikah pelantikan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Kamarulzaman Mat Salleh. - Foto ihsan DBKL
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.
Tiada keperluan mendesak pinda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 - MBWP
Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) berpandangan bahawa tiada keperluan yang mendesak untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Beberapa jalan di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat malam ini
Hujan lebat sejak 7.30 malam ini di ibu kota telah menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air.