Adele dikhabarkan telah mendapat tawaran untuk mencipta dan menyanyikan lagu tema filem James Bond yang akan datang.

Ini kerana, lagu ciptaan dan nyanyiannya, "Skyfall" menerima anugerah lagu asal terbaik di anugerah Golden Globe dan Oscar.

Selain anugerah, lagu itu juga menjadi popular dan juga dimainkan di serata dunia berikutan diterima baik di kalangan peminat.

Sekiranya Adele bersetuju, penyanyi ini bakal menyamai rekod Dame Shirley Bassey, yang menyanyikan lagu tema Bond sebanyak tiga kali.

Bassey sebelum ini menyanyikan lagu tema bagi filem "Goldfinger", "Diamonds Are Forever" dan "Moonraker".

Antara penyanyi lain yang pernah terlibat dalam projek James Bond ialah Duran Duran, Tina Turner, Sheena Easton dan Madonna.