BIAR hanya berselang masa setahun, kehangatan kumpulan Westlife tidak pernah padam.
Buktinya, lebih 5,000 pengunjung membanjiri Arena of Stars Genting Highlands sempena konsert Westlife The Hits Tour baru-baru ini.
Dua jam peminat dihiburkan tanpa henti oleh ketiga-tiga anggota kumpulan dari Ireland yang dianggotai oleh Shane Filan, Kian Egan and Nicky Byrne.
Biarpun tidak banyak interaksi bersama peminat kali ini berbanding kehadiran mereka tahun lalu, peminat mereka masih terhibur.
Tambah-tambah apabila Nicky bercanda dengan game 'angkat tangan dan turun' dalam salah satu segmen menuju pengakhiran konsert. Lucu, tapi comel!
Tak menghampakan permintaan Nicky, seluruh arena mengikut 'arahan' manjanya tanpa membantah.
Siri konsert tahun ini menyaksikan Malaysia sebagai penutup tirai jelajah mereka. Oleh itu, persembahan berapi yang disajikan oleh Westlife kali ini umpama lepas gian sebelum pengumuman konsert mereka akan datang.
"Sudah tentu kami akan kembali semula ke sini (Malaysia), kami sentiasa merasakan ada nilai sentimental dengan peminat di sini.
"Kami masih ingat ketika kali pertama tiba di lokasi yang kami berdiri ini sekitar tahun 1999, kami diterbangkan ke sini dengan helikopter.
"Dan tak sangka, kami sekali lagi datang ke sini tahun ini untuk menghiburkan kalian semua," tambah Shane.
Kian bagaimanapun sempat mengutuskan salam daripada Mark Feehily yang sedang dalam proses pemulihan selepas pembedahannya akhir tahun 2022.
Konsert Westlife The Hits Tour dibuka menerusi lagu World of Our Own bersama lebih 20 lagu untaian lagu-lagu berhantu mereka seperti I Lay My Love On You, Flying Without Wings, If I Let You Go, Sweat It Again, Seasons In The Sun, Uptown Girl dan My Love.
Westlife The Hits Tour dianjurkan oleh MMIC Entertainment Group.
Westlife yang ditubuhkan pada 1998 telah merakamkan 12 buah album studio sebelum Brian McFadden meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2004. -Gempak
Gempak
Mon Jun 17 2024

Konsert Westlife The Hits Tour dibuka dengan lagu World of Our Own disusuli lebih 20 untaian lagu-lagu 'berhantu' seperti I Lay My Love On You, Flying Without Wings, If I Let You Go, Sweat It Again, Seasons In The Sun, dan Uptown Girl. -Gempak

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

'Ada nilai sentimental di sini' - Westlife mahu kembali hiburkan peminat di Malaysia
Dua jam peminat dihiburkan tanpa henti oleh ketiga-tiga anggota kumpulan dari Ireland yang dianggotai oleh Shane Filan, Kian Egan and Nicky Byrne.

Westlife rayu orang ramai bantu cari remaja Ireland hilang, Nora Anne Quoirin
Dalam kerancakan konsert yang berlangsung selama dua hari itu Westlife tidak lupa dalam usaha mencari dan menyalamat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang dilaporkan hilang sejak Ahad.

Bagaikan mimpi... Westlife ubati rindu peminat!
Kembalinya mereka bersatu, biarpun tanpa Brian, bagaikan mimpi jadi nyata buat jutaan peminat yang membesar bersama mereka.

Lebih 3,000 terjual, peminat berkampung rebut tiket Westlife
Siap ada yang menyanyi-nyanyi sesama sendiri.

Peminat Westlife 'berkampung' semalaman, rebut 4,000 tiket konsert
Lebih 1,000 peminat sudah bersedia beratur untuk mendapatkan tiket, setengah jam sebelum presale bermula.

Malaysia, anda sudah bersedia? Tiket konsert Westlife mula dijual 13 dan 14 April
Pre-sale akan bermula jam 11 pagi, 13 April di Atria Shopping Gallery, manakala jualan tiket atas talian pula pada 14 April.

Dua malam konsert Westlife di Malaysia Ogos ini!
Kali terakhir Westlife hadir dan mengadakan konsert sebagai sebuah kumpulan di negara ini ialah pada 2011.

Perfect! Gemilangnya majlis resepsi Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan
Apa kata kita lihat foto dan video menarik sepanjang majlis resepsi Faliq dan Chryseis.

Shane Filan tidak terfikir berbakat cipta lagu
Ingin lari dari identiti Westlife, Shane Filan mengetengahkan elemen Pop Country dan Folk dalam album solonya.