HONG Leong Bank tampil dengan iklan raya berjudul Abah Tak Bagi yang mengisahkan kehidupan Tina yang sering gagal mendapatkan barang yang dihajati daripada bapanya.
Penuh mesej, telatah comel Tina amat dekat dengan kehidupan seharian kita.
Tina gagal mendapatkan aiskrim yang diinginkan termasuk beberapa barangan lain seperti telefon pintar dan gaun puteri.
Sampaikan Tina menuduh bapanya kedekut!
Namun, Tina akhirnya sedar bahawa bapanya berjimat-cermat dan menabung untuknya demi masa hadapan.
Hong Leong Bank ingin mengajak semua pelanggan untuk memupuk semangat menyimpan demi merealisasikan impian dan harapan di masa hadapan.
Sesuai dengan temanya ‘Menyemai Impian', video raya ‘Abah Tak Bagi’ mengisahkan seorang bapa yang mencari jalan alternatif yang mudah dan jimat untuk memenuhi permintaan anak kecilnya sebagai usaha untuk menyimpan demi masa hadapannya yang cerah.
Untuk makluman anda, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank adalah merupakan ejen rasmi ASNB bermula pada 30 Mei 2018.
Pelanggan yang ingin mendapatkan produk-produk ASNB dan perkhidmatan atau membuat transaksi yang berkaitan dengan ASNB, kini boleh mengunjungi Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic untuk berurusan.
e-Duit Raya
Malah, pelanggan Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank juga boleh menghantar e-Duit Raya untuk orang yang disayangi dengan cara mudah dan cepat.
Mereka juga boleh menghantar permintaan e-Duit Raya daripada orang yang disayangi (menerusi Request e-Duit Raya) dan terpulang kepada pemberi e-Duit Raya untuk meluluskan permintaan tersebut (menerusi Send e-Duit Raya).
Nilai duit raya yang ingin dihantar atau diminta juga tiada had!
Jadi tak perlu bersusah payah beratur di kaunter untuk menukar wang untuk dimasukkan ke dalam sampul raya tahun ini kerana e-Duit Raya telah menyenangkan tugas anda.
Menarik bukan? Apapun, jom saksikan video raya 'Abah Tak Bagi' sempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.
Gempak
Fri Jun 08 2018

Tina menuduh bapanya kedekut kerana tidak memenuhi segala yang dimintanya tetapi akhirnya dia sedar bapanya berjimat-cermat dan menabung untuknya demi masa hadapan.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Abah Tak Bagi, iklan Raya Hong Leong Bank serius comel & kelakar!
Tina gagal mendapatkan aiskrim yang diinginkan termasuk beberapa barangan lain seperti telefon pintar dan gaun puteri.