Walaupun sudah enam tahun Raja Pop, Michael Jackson meninggal dunia, semangatnya masih segar di ingatan dan hati ramai.

Legenda muzik itu menghembuskan nafas terakhir pada 25 Jun 2009 di kediamannya di Los Angeles akibat serangan jantung berikutan penggunaan dadah berlebihan jenis Propofol dan Benzodiazepine.

Para peminat membuktikan bahawa walaupun kehadiran Raja Pop itu tidak ada lagi, namun MJ dan lagu popnya masih segar di ingatan melalui hashtag #6yearsWithoutMichaelJackson di laman sosial Twitter.

BACA: 7 pendedahan bekas pengawal, singkap peribadi Michael Jackson

Netizen membanjiri laman sosial dengan ucapan kenangan sempena memperingati ulang tahun pemergiannya dan hashtag itu kini menduduki tempat pertama dalam carta berita paling trending di laman Twitter.

Seorang pemegang akaun Twitter bernama Sandy Choi berkata, “siapa yang akan lupa masa MJ itu? Kami cinta dan rindukanmu.”



Kaechermain pula berkata, "kami tidak akan melupakanmu, kerana anda sentiasa di ingatan dan hati kami."

Menurut seorang lagi pengamal media sosial bernama Juliana, dunia ini akan sentiasa gelap tanpa kehadiran Michael Jackson, tanpa cahayanya.







Malah, raka –rakan selebriti MJ juga turut berkongsi kenangan mereka bersama Raja Pop tersebut.