PENGARAH dan pelakon filem "35mm", Syahmi Sazli mendedahkan alasan utama dirinya memilih tema pengembaraan ke masa lampau menerusi filem arahannya itu.
Menurut Syahmi, antara sebab tema berkenaan dipilih adalah kerana keinginan untuk mengimbau masa lampau dan sekali gus mengangkat kenangan-kenangan lalu menerusi layar lebar.
“Idea penghasilan filem ini datang daripada saya sendiri. Kenapa saya pilih idea kembara ke masa lampau? Sebab ada antara kita tak sempat lalui era dahulu, seperti zaman British dan Jepun.
“Zaman 90-an pun saya sempat lalui tetapi ketika itu saya masih kecil.
"Justeru, saya berharap agar penghasilan filem ini dapat membawa kita menelusuri kenangan lama yang kita tidak boleh lalui kembali,” katanya.
Filem ini menampilkan barisan pelakon dalam filem terdahulu seperti Asif Suhaimi, Yoe Parey dan Syahmi sendiri.
"35mm" mengisahkan tiga sahabat -- Syahmi, Asif dan Yoe -- yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik.
Antara zaman yang dilewati oleh tiga sahabat itu termasuklah zaman Dinasti Cina, era jajahan Jepun dan juga British.
Setiap era yang dilewati oleh Syahmi, Asif dan Yoe pasti mempunyai cabaran yang perlu dihadapi bagi meloloskan diri.
Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe berasa hiba kerana buat pertama kalinya, dia berpeluang berjumpa dengan ibu bapanya.
Begitupun, mereka terpaksa mencari jalan dengan apa cara sekalipun untuk kembali pada tahun 2020.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Jun 18 2022

Filem "35mm" menampilkan barisan pelakon dalam filem terdahulu seperti Asif Suhaimi, Yoe Parey dan Syahmi sendiri. -Gempak
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.
Pelajar patah tulang hidung ditumbuk akibat salah faham
Gara-gara pertelingkahan ketika memasuki persimpangan jalan, seorang pelajar tingkatan lima cedera ditumbuk sehingga retak tulang hidung oleh seorang lelaki tidak dikenali.
SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad.
Tumpuan Sabtu – 15 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (14 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu air: Syahmi Sazli reda jika diboikot
Beliau bersyukur dan berterima kasih jika masih ada sebilangan peminat yang menyokong serta bersamanya ketika ini.

Bakal undang air mata, Syahmi Sazli tampil karya terbaharu 6 April ini
Menurut Syahmi, walaupun pernah mengarah filem sebelum ini namun karya terbaharu ini tetap membuatkan dirinya berasa gementar.

'35mm' raih kutipan RM300,000, pembukaan hari pertama paling tinggi tahun ini
"35mm" mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik.

'35mm' bawa penonton imbau masa lampau - Syahmi Sazli
Antara sebab tema berkenaan dipilih adalah kerana keinginan untuk mengimbau masa lampau dan sekali gus mengangkat kenangan-kenangan lalu menerusi layar lebar.

'Keadaan Yoe Parey semakin baik selepas pembedahan' - Syahmi
Buat masa ini Yoe sedang berehat sehingga keadaannya betul-betul pulih.

Shazmi Syazli tidak mahu bergabung dengan pengarah lain kerana...
Mael Totey The Movie (MTM) berjaya menandingi filem pecah panggung di Astro First seperti Polis Evo dan Hantu Kak Limah (HKL).

Mael Totey The Movie kutip hampir RM700,000 pada hari pertama tayangan
Mael Totey The Movie mengisahkan seorang pemuda, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.