Setelah lapan tahun berpisah, Datuk Hattan kembali ke pangkuan isteri pertamanya Arianie Mohd Abidin apabila mereka bernikah buat kali kedua pada 15 Ramadan lalu di sebuah majlis yang dihadiri teman rapat dan keluarga.

Hattan, 49 tahun dan Arianie 43 tahun sah diijabkabulkan dengan dua kali lafaz.

Penyanyi itu mengakui tidak dapat membendung perasaan kasih terhadap bekas isterinya sehingga mendorong dia melamarnya sekali lagi.

Bagi Arianie, dia bersyukur kerana sekali lagi ditemukan jodoh dengan Hattan.

Hasil perkahwinan mereka yang dahulu mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang kini berusia 15 tahun.

Klik video untuk laporan lengkap Astro AWANI.