SIAPA yang tidak sedih kehilangan orang yang tersayang setelah lama hidup bersama lebih-lebih lagi insan tersebut merupakan insan paling istimewa dalam hidup kita.

Begitu juga dengan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tercinta iaitu pelakon, Ashraf Sinclair pada bulan Febuari yang lalu.

Terbaharu, penyanyi yang lebih dikenali dengan panggilan BCL itu telah melancarkan sebuah lagu baharu yang berjudul '12 Tahun Terindah' yang merupakan luahan perasaan rindunya terhadap suami tercinta.

Oh terima kasih
Tuhan tau telah berikan
12 tahun terindah
Bersama dirinya

Antara momen di dalam muzik video 12 Tahun Terindah


Lirik lagu yang ditulis oleh BCL ini juga menyatakan bahawa beliau bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana telah meminjamkan Ashraf kepadanya selama 12 tahun untuk menjadi kenangan paling indah dalam hidupnya itu.

BACA : 'Badan saya letih, masih belum tidur' - ungkapan BCL selepas pemergian Ashraf Sinclair

BACA : Ashraf Sinclair meninggal dunia


Sejak ia dilancarkan, lagu yang ditulis oleh BCL sendiri telah mendapat tontonan sebanyak 2 Juta di laman YouTube.

Sudah tentu lagu ini juga mendapat perhatian netizen dan kini sedang trending di laman sosial media.

BCL bersama anak lelakinya Noah Sinclair



BCL dan Ashraf berkahwin pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair.

Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.