Tahun ini menyaksikan warga internet membanjiri laman sesawang video nombor satu dunia, Youtube, untuk menonton video muzik artis kesayangan masing-masing.
Menurut Kevin Allocca, Ketua Budaya dan Trend Youtube, 2015 mencatatkan peningkatan terpantas sepanjang zaman dari segi bilangan tontonan video muzik.
10 video muzik paling popular tahun ini dikuasai oleh lagu bergenre pop dan hip hop. Sembilan dari 10 video muzik ini diterbitkan pada separuh tahun pertama, kecuali Hello nyanyian Adele yang dilancarkan Oktober lalu.
Adakah video muzik kegemaran anda tersenarai?
10. Watch Me - Silentó
Tarikh terbitan: 25 Jun
Jumlah tontonan: 410 juta
Lagu ini merupakan single pertama rapper Silentó yang popular dengan gerakan tari Whip dan Nae Nae. Walaupun popular, lagu ini banyak menerima kritikan. Irkitated, sebuah laman sesawang Australia, menyenaraikan lagu ini sebagai salah satu lagu terburuk tahun ini.
09. Hello - Adele
Tarikh terbitan: 22 Oktober
Jumlah tontonan: 414 juta
Single pertama dari album 25 yang dinanti-nanti ini telah memecahkan beberapa rekod di Youtube. Adele memintas Taylor Swift (melalui lagu Bad Blood) sebagai video paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam dan memadam rekod Miley Cyrus (Wrecking Ball) apabila ditonton sebanyak 100 juta kali dalam masa lima hari, berbanding Cyrus enam hari.
08. Worth It - Fifth Harmony ft Kid Ink
Tarikh terbitan: 28 Mac
Jumlah tontonan: 422 juta
Video yang menyelitkan fahaman feminisme dan hak wanita ini diarahkan oleh Cameron Duddy yang juga terlibat sebagai pengarah bagi beberapa video muzik popular sebelum ini seperti Uptown Funk nyanyian Bruno Mars.
07. Elastic Heart - Sia
Tarikh terbitan: 7 Januari
Jumlah tontonan: 450 juta
Diarahkan sendiri oleh Sia dan Daniel Askill, video muzik yang menampilkan Shia LeBouf dan Maddie Ziegler ini mengundang kontroversi apabila sesetengah pihak menganggap video yang menampilkan lelaki dewasa dan kanak-kanak perempuan menari dengan pakaian berwarna kulit sebagai kurang sesuai.
06. Hey Mama - David Guetta ft Nicki Minaj, Bebe Rexha & Afrojack
Tarikh terbitan: 19 Mei
Jumlah tontonan: 458 juta
Lagu ini merupakan single keempat dari album studio keenam Guetta, Listen. Populariti video ini sekali lagi membuktikan kerjasama ampuh di antara Guetta dan Minaj yang sebelum ini menguasai carta dengan lagu Where Them Girls At dan lagu Turn Me On yang meraih anugerah platinum berganda.
05. Bad Blood - Taylor Swift ft Kendrick Lamar
Tarikh terbitan: 17 Mei
Jumlah tontonan: 634 juta
Para peminat muzik rata-rata menganggap lagu ini ditujukan kepada Katy Perry yang telah “mencuri” beberapa orang penari Swift dengan mengambil mereka bekerja. Video yang memaparkan pertarungan dua wanita ini dibarisi ramai selebriti seperti Ellie Goulding, Hayley Williams, Cara Delevingne, Jessica Alba, dan Cindy Crawford.
04. Lean On - Major Lazer & DJ Snake ft MØ
Tarikh terbitan: 22 Mac
Jumlah tontonan: 794 juta
Video muzik arahan Tim Erem ini dirakam di Maharashtra dan Stockholm. Major Lazer memilih India khususnya sebagai tanda terima kasih kepada kem peminat di sana. November lalu, laman pemain lagu atas talian Spotify telah mengumumkan lagu ini paling kerap dimainkan sepanjang zaman di laman tersebut.
03. Love Me Like You Do - Ellie Goulding
Tarikh terbitan: 22 Januari
Jumlah tontonan: 809 juta
Sebagai salah sebuah lagu dalam album runut bunyi 50 Shades of Grey, video ini turut memaparkan beberapa adegan panas dalam filem tersebut. Video ini juga telah dicalonkan sebagai Best Female Video bagi MTV Music Video Awards 2015.
02. Sugar - Maroon 5
Tarikh terbitan: 14 Januari
Jumlah tontonan: 872 juta
Karya David Dobkin ini diinspirasikan oleh filemnya sendiri, Wedding Crashers. Video muzik ini dibikin dengan kerjasama beberapa perancang perkahwinan dan pengantin lelaki di sekitar Los Angeles untuk Maroon 5 membuat persembahan mengejut di majlis perkahwinan. Reaksi pengantin perempuan dan para hadirin yang spontan menjadikan video ini menarik.
01. See You Again - Wiz Khalifa ft Charlie Puth
Tarikh terbitan: 6 April
Jumlah tontonan: 1,166 juta
Lagu tema filem Furious 7 ini dibingkis khas untuk memperingati Paul Walker, bintang utama francais filem tersebut yang meninggal dunia lewat 2013 dalam sebuah kemalangan jalan raya. Populariti video ini mencapai kemuncaknya apabila menjadi video kedua terpantas mencapai tontonan satu billion di Youtube, dalam masa 185 hari di belakang Gangnam Style (159 hari).
Nizam Bakeri
Wed Dec 30 2015
Youtube mengumumkan 10 video muzik dengan jumlah tontonan tertinggi sepanjang 2015.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
Liga-M: Dua pemain digantung perlawanan, dua lagi diberi amaran keras - FAM
Dua pemain digantung perlawanan manakala dua lagi diberi amaran keras susulan kesalahan dilakukan dalam perlawanan saingan baru-baru ini.
Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara
Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua setengah tahun kerana didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
China kecam tindakan AS ke atas Iran
Lijian berkata AS tidak mempunyai hak untuk mendesak tindakan ke atas Iran.
Tak buang pekerja walaupun terjejas akibat COVID-19, pengorbanan majikan akhirnya berbaloi
Meskipun masih mengalami kerugian sekitar 20 peratus, namun ia jauh lebih baik daripada penurunan 55 peratus dialami pada Mac lalu.
Aung San Suu Kyi sah bertanding untuk penggal kedua
Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi bakal bertanding bagi pilihan raya penggal kedua selepas mencalonkan diri sendiri.
PM Lee umum Kabinet baharu Singapura
Lee berkata Heng Swee Keat akan memikul tanggungjawab tambahan sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi.
Wanita dipenjara atas 208 pertuduhan pecah amanah
Terdahulu, jurubahasa mahkamah mengambil masa kira-kira dua jam untuk membacakan kesemua pertuduhan yang dihadapi Nooriante.
Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian
Arie berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi dan disedari orang awam sekitar pukul 9 pagi tadi.
Korban pertama COVID-19 di luar negara layak terima bantuan PERKESO
Seorang rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Qatar akibat COVID-19 10 Jun lepas layak menerima bantuan Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM 2,000 dan faedah Pencen Penakat hari ini.