SERAMAI 10 orang kanak-kanak telah dipilih untuk menyertai program realiti baru terbitan Astro, Tahfiz Muda.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali, 10 calon tersebut telah dikenal pasti menerusi sesi uji bakat setelah melihat kelancaran mereka dalam menghafaz al-Quran.
“Secara jujur, kami sendiri terkejut melihat kebolehan kanak-kanak ini menghafaz al-Quran seawal usia 8 tahun lagi.
“Tidak dinafikan kebanyakan peserta yang hadir mempunyai bakat yang besar namun setelah penilaian dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan, maka 10 peserta inilah telah dipilih,” katanya ketika ditemui pada sidang media Tahfiz Muda.
10 peserta yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Syadril Idham Sable, 11, Muhammad Anas Ajwad Noor Hisham,10, Muhammad Uzair Ahmad Bakri, 9, Nurul Iman Kamila Norhisyam, 8, Muhammad Haneef Kamarulzaman, 8, Muhammad Aminuddin Mohd Basir, 9, Muhammad Amiruddin Mohd Basir,9, Fatimah Azzahra Bukhari, 12, Nura Mohd Nazir, 10, dan Mohamad Aqil Khair Mohamed Fairos, 11.
Dalam pada itu, Tahfiz Muda juga bakal diadili 100 peratus oleh tiga juri tetap iaitu Ustaz Zainuldin (Hakim Tajwid), PU Hafiz (Hakim Hafazan) dan Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Mohd Badiuzzaman (Hakim Tarannum Kreativiti).
Selain itu, program ini juga turut menampilkan Ustaz Don Daniyal sebagai Murabbi (pembimbing) manakala Imam Muda Asyraf selaku hos Tahfiz Muda.
Tahfiz Muda akan bersiaran setiap Khamis, jam 9 malam bermula 14 April 2016 secara eksklusif di Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135)
Gempak
Thu Apr 07 2016

Sesi memperkenalkan peserta, juri dan tenaga produksi program Tahfiz Muda. - Foto Astro Oasis

Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik
Seekor ular telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.
AWANI Ringkas: Kerajaan Madani selesai tunai sembilan tuntutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Di mana 250 rakyat Malaysia?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EdgeWood Residences: SkyWorld tawar keindahan lestari hijau di tengah bandar
SkyWorld memperkenalkan SkyWorld Healthy Home, prinsip reka bentuk inovatif yang menggabungkan strategi pasif, teknologi pintar dan ciri mesra alam untuk persekitaran hidup lebih sihat dan selesa.
AWANI 7:45 [13/3/2025] – Khidmat Faisal Halim ditagih | Ismail Sabri hadir ke SPRM| Dijual di pasaran gelap| Generasi Sandwich
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Hampir setahun tragedi simbah asid, Faisal Halim kembali sarung jersi Harimau Malaya
2. Lebih lima jam beri keterangan, esok Ismail Sabri ke SPRM lagi
3. Sindiket jual Mykad, surat beranak di pasaran gelap tumpas
4. Dilema generasi sandwic, wanita pikul lebih banyak tanggungjawab
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Hampir setahun tragedi simbah asid, Faisal Halim kembali sarung jersi Harimau Malaya
2. Lebih lima jam beri keterangan, esok Ismail Sabri ke SPRM lagi
3. Sindiket jual Mykad, surat beranak di pasaran gelap tumpas
4. Dilema generasi sandwic, wanita pikul lebih banyak tanggungjawab
#AWANIRingkas 13 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 13 Mac 2025
1️⃣ Di mana 250 rakyat Malaysia?
2️⃣ Mesin imbas bagasi akan ditambah baik
3️⃣ Elaun pelatih diganti dengan elaun perjalanan berstruktur
#awaniringkas
1️⃣ Di mana 250 rakyat Malaysia?
2️⃣ Mesin imbas bagasi akan ditambah baik
3️⃣ Elaun pelatih diganti dengan elaun perjalanan berstruktur
#awaniringkas

Pengeluaran getah asli Malaysia turun 20.8 peratus pada Januari 2025 - Jabatan Perangkaan
Pengeluaran getah asli Malaysia turun 20.8 peratus kepada 30,342 tan metrik pada Januari 2025 berbanding 38,299 tan metrik pada Disember 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Bina Semula Gaza: ‘Tengkuk’ Negara Arab alam cengkaman AS, Israel - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata negara-negara Arab khususnya Mesir tidak mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan sendiri, sebaliknya berserah kepada kehendak unilateral Amerika Syarikat dan Israel. Namun, Pensyarah Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim menjelaskan negara-negara Arab hanya sukar untuk menyanggahi Amerika Syarikat, berbanding Israel. #DialogTigaPenjuru
Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada Pihak Berkuasa Palestin, alamatnya gagal - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff dan Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor menegaskan Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak boleh diberikan tanggungjawab mengetuai projek pembangunan Gaza memandangkan kumpulan itu mempunya rekod pentadbiran yang lemah. Manakala, Pensyarah Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim pula menyatakan Hamas tiada halangan bagi mana-mana pihak terlibat dalam pembangunan semula Gaza. #DialogTigaPenjuru

20 subjek UKM berada dalam kelompok ketiga terbaik di Malaysia
Sebanyak 20 daripada 30 subjek yang ditawarkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada dalam kelompok tiga terbaik di Malaysia.

10 peserta cilik Tahfiz Muda tonjol bakat hafaz al-Quran
Seramai 10 orang kanak-kanak telah dipilih untuk menyertai program realiti baru terbitan Astro, Tahfiz Muda.