Kilauan Emas, program realiti yang mengetengahkan bakat para otai telah pun menemui juara musim kelimanya pada malam Rabu lalu.

Namun, ada beberapa perkara menarik sepanjang konsert sehingga tamat siaran langsung yang tidak diketahui oleh para penonton, terutamanya di rumah.

Astro Gempak ingin kongsikan 10 perkara menarik yang berlaku pada malam Rabu lalu di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras ketika dan selepas konsert akhir Kilauan Emas 5:

1) Wak Mustar dikerumun para peminat yang mahu bergambar bersamanya selepas tamat konsert. Anggota RELA terpaksa mengawal pentas utama kerana diserbu penonton!

2) Selepas berakhir sidang media, isteri Wak Mustar mencari suaminya itu yang hilang entah ke mana!

3) Wak Mustar dengan selamba meninggalkan hadiah yang dimenanginya (replika Cheque, replika kunci motor dan trofi) di bilik sidang media.

4) Datuk Hattan sekali lagi mengusik Wak Mustar dan meminta jemputan sekiranya juara ke 5 itu ingin berkahwin lagi. Reaksi Wak Mustar : Sardin!

5) Ada yang mengatakan Aling adalah Chakra Khan versi veteran! Lucu, tetapi kalau dilihat sekali imbas kenyataan tersebut ada benarnya! Tambah-tambah lagi vokal mereka juga sama serak-serak basah.

kilauan emas 5

BACA: Kilauan Emas 5: Kemenangan Wak Mustar direstui ramai

6) Finalis tidak tahu tentang pusingan ‘battle’ kerana pihak produksi mengatakan mereka perlu bersedia dengan lagu bonus/ketiga masing-masing untuk dipersembahkan dalam segmen khas kepada para wartawan.

7) Elji ‘nervous’ ketika diumumkan sebagai peserta top 2 dan lebih mendebarkan apabila terpaksa berentap di pusingan ‘battle’ (Persada Kilauan Emas).

8) Aling dan Wak Mustar ‘tersasul’ lirik tetapi kedua-dua mereka buat-buat yakin dan ramai tidak menyedarinya!

9) Walaupun sudah menjengah 2 pagi, masih ada peminat yang menunggu finalis di luar dewan!

10) Ada peminat Kilauan Emas bertemu salah seorang krew dan tidak bersetuju program realiti itu dihentikan!

Adakah benar Kilauan Emas musim kelima merupakan yang terakhir? Atau ada kejutan lain yang bakal disajikan kepada para peminat program ini? Mungkinkah kesemua finalis Kilauan Emas bakal disatukan dalam ‘Kilauan Emas Special’ pada musim hadapan? Tunggu…