Resit-resit pembayaran di Pasaraya Besar Mydin yang memaparkan perkataan “Total sales excluding GST” dan “Total sales including GST” hanya menunjukkan bahawa pasaraya itu telah mematuhi tanggungjawabnya seperti yang diperuntukkan dalam aspek perundangan susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula hari ini.
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Amer Ali Mydin yang dihubungi Astro AWANI berkata, “penting untuk kita faham yang Mydin sememangnya bersungguh-sungguh dengan kempen tidak naik harga dan anda sebenarnya membayar harga yang sama pada 31 Mac untuk sesuatu barang selepas 1 April."
Katanya lagi, perkara penting yang perlu difahami oleh pengguna ialah Mydin merupakan syarikat pasaraya terbesar di negara ini yang tidak mempunyai hasrat untuk menipu orang ramai.
Beliau juga berkata, jikalau sesuatu barang di tag harga atau resit tertera huruf “Z” bermakna barang tersebut ialah ‘zero-rated’ (kadar sifar GST) dan sekiranya tertera huruf “S” bermaksud barang tersebut dikenakan enam peratus cukai GST.
“Namun, kos enam peratus itu akan diserap oleh syarikat kami,” jelas beliau lagi.
Syarikat Mydin berkata kebimbangan di kalangan pengguna hanya menunjukkan mereka masih belum memahami sepenuhnya pelaksanaan GST.
'Kempen gerenti semua Mydin tanggung, harga tak naik' merupakan satu kempen yang telah dilancarkan oleh syarikat Mydin menjelang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) .
Dengan slogan 'Mengapa Bayar Lebih', inisiatif yang dimulakan Mydin Mohamed Holdings Berhad ini menjanjikan pengguna harga barangan di pasar raya mereka kekal sama selepas pelaksanaan GST.
Walau bagaimanapun, setelah pelaksanaan GST bermula hari ini, beberapa pengguna telah mengutarakan beberapa persoalan mereka kepada Astro AWANI termasuk tentang kemusykilan mereka selepas membeli barang di Mydin.
Ada yang menganggap kempen terbabit tidak seperti yang diuar-uarkan sebelum ini setelah melihat tertera caj GST pada resit.
Sathesh Raj
Wed Apr 01 2015
Syarikat Mydin tidak berhasrat untuk menipu orang ramai.-Gambar fail
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
MYDIN perjelas mengapa resit masih papar GST
Resit-resit pembayaran di Mydin yang memaparkan -Total sales including GST- hanya menunjukkan bahawa Mydin menurut tanggungjawab perundangan.