Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menerima pelbagai kritikan, namun kerajaan sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaannya tidak membebankan rakyat.
Perdana Menteri berkata semua pihak harus sedar bahawa objektif utama pelaksanaan GST ialah untuk mengukuhkan punca kewangan negara, dan akhirnya dapat memastikan pembangunan yang lebih efektif untuk kemajuan negara dan kebaikan rakyat.
"Tujuan sebenar kita laksanakan GST, bukan untuk bebankan rakyat. Kita laksanakan GST dengan kaedah meminimumkan beban rakyat. Tak pernah mana-mana negara bagi banyak 'zero-rated' dan pengecualian GST seperti mana yang kita berikan.
"Ini menunjukkan kerajaan benar-benar berhasrat untuk tidak membebankan rakyat, dan GST kita akan laksanakan dengan kaedah tidak menyusahkan rakyat, dan di samping itu menambahkan hasil negara dan ini adalah untuk kebaikan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kastam di Dewan Serbaguna Jabatan Kastam Diraja Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Selain itu, dari segi makronya, Najib berharap agar pengukuhan punca kewangan negara melalui sistem pencukaian ini dapat membantu meningkatkan 'rating' yang lebih positif, serta meningkatkan keyakinan dunia tentang cara Malaysia menguruskan ekonomi.
Perdana Menteri turut meminta warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia bersama-sama menjadikan pelaksanaan CBP pada 1 April ini sebagai pembaharuan cukai yang paling cemerlang dalam sejarah.
Mengakui tugas berat yang bakal digalas warga Kastam terutamanya dalam menangani persepsi masyarakat, Najib berkata kerajaan akan terus bersama-sama dengan Kastam bagi memastikan ia berjalan lancar.
"Warga Kastam sebagai barisan hadapan sememangnya menggalas tanggungjawab yang besar, dan saya nak nyatakan, kami di sini, untuk membantu Kastam Diraja melaksanakan tanggungjawab.
"Kastam, kami bersama-sama anda, kita akan berjalan bersama-sama, melaksanakan GST...Ini akan menjadi pembaharuan cukai paling cemerlang dalam sejarah kita, dan jadikan ia satu kejayaan," katanya.
Terdahulu, Najib, yang juga Menteri Kewangan, melancarkan set panduan CBP bagi meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap sistem percukaian itu, di samping meninjau persiapan warga Kastam menjelang tarikh pelaksanaan sistem itu pada 1 April ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah; Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan serta pegawai-pegawai kanan Kastam.
Bernama
Mon Mar 30 2015
Walaupun GST menerima pelbagai kritikan, namun kerajaan sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaannya tidak membebankan rakyat. -Gambar fail
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
Pelaksanaan semula GST perlu secara bersasar - Bekas Ketua Pengarah Kastam
GST seharusnya diasingkan masing-masing kepada cukai barang dengan kadar lima peratus dan cukai perkhidmatan tujuh peratus.
LHDN akan semak semula sasaran kutipan cukai bagi tahun 2020
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menyemak semula sasaran kutipan cukai bagi tahun 2020.
RM24.7 bilion tunggakan GST, cukai pendapatan dilunaskan
Lim Guan Eng berkata bayaran itu dibuat daripada dividen khas yang diterima daripada Petronas seperti diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2019.
Mungkin... saya silap - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan kekesalannya apabila tidak membuat kenyataan akhbar khusus sebaik GST dilaksanakan pada 2015 akan menyebabkan harga semua kereta turun.
Tiada kehilangan wang bayaran balik kutipan GST - Irwan Siregar
Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah hari ini menafikan dakwaan berlakunya kehilangan wang kira-kira RM18 bilion untuk tuntutan balik GST.
Syarikat berdaftar GST akan dipindahkan kepada SST mulai Rabu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia dijangka memindahkan syarikat yang berdaftar di bawah rejim GST kepada SST mulai esok.
RUU mansuh GST, laksana SST dibentang hari ini
Kedua-dua RUU tersebut tersebut dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Dr Md Farid Md Rafik bersekali dengan tiga lagi RUU yang lain.
GST kadar sifar akan hasilkan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh - RAM Rating
RAM Rating menjangka sektor runcit menjadi antara penerima manfaat utama.
Merungkai kekeliruan GST
Penjelasan Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Mohd Yusof Saari, dalam merungkai kekeliruan yang dihadapi oleh rakyat mengenai GST dan SST.
Ketidakjelasan arahan baharu mengenai GST sifar
Ketika perniagaan runcit menikmati tempoh tanpa cukai itu, ada pihak mendakwa tidak mendapat arahan yang jelas mengenai tindakan yang perlu diambil seterusnya.