Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpandangan sudah tiba masanya mereka bertindak untuk menangani masalah caj perkhidmatan.
Justeru Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Kapar G. Manivannan, akan mengusulkan satu rang undang-undang Ahli Persendirian (Private Member Bill) melalui peraturan Majlis Mesyuarat 49 (1) Parlimen untuk mengawal masalah caj perkhidmatan.
“Saya amat kesal dengan kenyataan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna yang gagal menetapkan undang-undang mengawal penyalahgunaan ‘Service Charge’ yang setinggi 10 peratus,” Sim berkata semasa mengulas masalah caj perkhidmatan.
Beliau berkata kutipan caj perkhidmatan itu perlu digunakan untuk meningkatkan industri perkhidmatan negara, dan mereka merancang untuk mencadangkan bahawa 2% daripada caj perkhidmatan 10% itu digunakan untuk kursus-kursus pembangunan pekerja, termasuk bagi kursus perkhidmatan dan kebersihan.
"Apa yang kami mahu ialah pembaharuan dalam caj perkhidmatan, memastikan wang itu pergi kepada pelayan dan 2% pergi ke latihan dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka, seperti dalam hal-hal kebersihan."
Tambah beliau, kebanyakan pengguna tidak rasa berbaloi, “no value for money”, membayar caj perkhidmatan 10 peratus itu untuk perkhidmatan yang mereka terima daripada pelayan-pelayan.
Beliau berkata walaupun caj perkhidmatan sudah dilaksanakan 20 tahun yang lalu masih tiada perundangan untuk mengawal caj tersebut dan isu itu mula mendapat perhatian selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Proses pengenalan Private Member Bill tersebut akan bermula terlebih dahulu dengan pengumpulan maklumat dan respons daripada orang-orang berkepentingan daripada industri perkhidmatan.
Sim berkata, “kami berharap untuk berdialog dengan golongan majikan, kesatuan pekerja, FOMCA (Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia) untuk mendengar pandangan daripada semua pihak.
“Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklumbalas kepada kami".
Beliau berkata keputusan untuk rang undang-undang persendirian itu ialah kerana kerajaan BN telah gagal untuk menggubal undang-undang untuk mengawasi keadaan walaupun pada hakikatnya ia telah dilaksanakan oleh hotel, restoran dan kedai-kedai makan untuk tempoh 20 tahun yang lalu.
"Jika BN mengambil masa 20 tahun tanpa apa-apa undang-undang untuk mengawal caj perkhidmatan, kita perlu campur tangan, kerana mereka jelas tidur di tempat kerja."
Pemimpin-peminpin PKR itu dijumpai dalam satu sidang media mengenai pelancaran kempen #BantahGST seluruh negara dan isu 'service charge' di kawasan tol Damansara berhampiran ibu pejabat PKR.
Sathesh Raj
Sat Apr 11 2015
Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Kapar G. Manivannan akan mengusulkan 'Private Member Bill' melalui peraturan Majlis Mesyuarat 49 (1) Parlimen untuk mengawal masalah caj perkhidmatan.Gambar:PKR
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Hampir 2,000 sertai perhimpunan #BantahGST
Cuaca panas sehingga 36 darjah Celsius tidak menghalang peserta #BantahGST untuk berhimpun di Kuala Lumpur hari ini.
LAPOR LANGSUNG: Himpunan Bantah GST
Hari ini berlangsung secara besar-besaran perhimpunan membantah GST yang dinamakan Himpunan Bantah GST anjuran Parti Amanah Negara (PAN).
Caj Perkhidmatan: PKR akan usul rang undang-undang persendirian di parlimen
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata sudah tiba masanya mereka bertindak untuk menangani masalah caj perkhidmatan dan akan usul rang undang-undang persendirian di parlimen.
PKR lancar kempen #BantahGST sasar sejuta tandatangan
Terdapat kemungkinan besar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diberhentikan oleh pihak kerajaan sekiranya terdapat tekanan kuat daripada pihak rakyat.