Kerajaan Zimbabwe pada Jumaat mengisytiharkan bekas pengasas negara itu dan ikon pembebasan Robert Mugabe sebagai pahlawan negara, lapor agensi berita Zimbabwe New Ziana.
Presiden Emmerson Mnangagwa mengumumkan perkara itu di Parlimen dan negara akan berkabung sehingga jasad pemimpin itu dikebumikan.
Mnangagwa berkata perjuangan dan pengorbanan Mugabe amat besar, mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah, justeru beliau berikrar untuk meneruskannya sehingga Zimbabwe mencapai kemakmuran dan menjadi sebuah negara yang kuat serta berkuasa.
BACA: Tak mahu gunting dalam lipatan, Mnangagwa buang habis 'orang Mugabe'
Mugabe, 95, meninggal dunia pada Jumaat di sebuah hospital di Singapura, tempat di mana beliau menjalani rawatan.
Beliau memerintah Zimbabwe sejak kemerdekaan negara pada 1980.
BACA: Robert Mugabe meninggal dunia
Mugabe berkhidmat sebagai presiden negara itu dari 1987 hingga 2017. Sebelum itu beliau memegang jawatan perdana menteri.
Pada November 2017, beliau meletak jawatan selepas menerima tekanan daripada tentera dan parti pemerintah Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe-Barisan Patriotik (ZANU-PF).
BACA: Ini 5 fakta berkenaan Robert Gabriel Mugabe
Kenya turut mengisytiharkan negara itu akan berkabung selama tiga hari sebagai penghormatan kepada Mugabe.
Mugabe meninggalkan seorang isteri Grace dan tiga orang anak Bona, Robert Jr dan Chatunga.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 07 2019
Mnangagwa ketika berucap di Parlimen, Harare, 6 Sept 2019. (Foto AP)
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Zimbabwe isytihar Robert Mugabe sebagai pahlawan negara
Presiden Emmerson Mnangagwa mengumumkan perkara itu di Parlimen dan negara akan berkabung sehingga jasad pemimpin itu dikebumikan.