JAKARTA: Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi dan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bertemu di luar Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) yang julung kali diadakan dan acara lain yang berkaitan, di Brussels Belgium.
Dalam pertemuan pada Selasa itu Retno mengucapkan tahniah kepada Zambry atas pelantikannya dan gambar pertemuan itu turut dikongsi di akaun Twitter rasminya.
Retno dan Zambry turut membincangkan tentang hubungan kedua-dua negara.
"Perbincangan dengan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Zambry di Brussels sangat bagus. Kami komited untuk meningkatkan hubungan dua hala termasuk mengenai perkongsian ekonomi," katanya di Twitter.
Semasa memulakan tugas rasminya pada 5 Disember, Zambry menekankan asas utama dasar luar Malaysia seperti berkecuali dan kerjasama dengan negara-negara lain akan terus dikekalkan.
Zambry selaku Wakil Khas Perdana Menteri, mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak peringatan antara pemimpin EU dan ASEAN yang menandakan 45 tahun hubungan diplomatik.
Sidang kemuncak itu akan dipengerusikan bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen selaku Pengerusi ASEAN 2022 dan presiden Majlis Eropah Charles Michel.
Para pemimpin dijangka mengeluarkan kenyataan bersama pada akhir sidang kemuncak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022
Dalam pertemuan pada Selasa itu Retno mengucapkan tahniah kepada Zambry atas pelantikannya. - Facebook Zambry Abd Kadir
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja
Zambry berkata pihak polis akan mengambil langkah mengikut undang-undang terhadap pelajar IPT berkenaan sekiranya dipercayai terlibat dalam jenayah itu.
Universiti perlu ekosistem seimbang sebagai penanda aras, bukan hanya ranking - Zambry
Setiap universiti perlu memastikan keseimbangan ekosistem secara keseluruhan sebagai penanda aras dan bukan hanya menjadikan pencapaian ranking (kedudukan) sebagai matlamat terpenting.
KPT teliti garis panduan untuk semak semula Akta 605
Kementerian Pendidikan Tinggi akan meneliti garis panduan untuk menyemak semula Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2020 (Akta 605).
Pengurniaan profesor diraja jadi pemangkin, inspirasi kepada ahli akademik - Zambry
Pengurniaan bersejarah gelaran profesor diraja kepada Pengasas ISTAC Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas akan menjadi pemangkin dan inspirasi kepada ahli akademik.
Kerajaan tak sokong tindakan kekang kebebasan bersuara ahli akademik - Zambry
Kebebasan bersuara golongan ahli akademik tetap akan dipertahankan selagi ia berasaskan kepada fakta yang tepat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Sasaran 250,000 pelajar antarabangsa turut melibatkan IPTS - Zambry
Sasaran kemasukan kira-kira 250,000 pelajar antarabangsa tidak hanya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT) awam tetapi juga IPT swasta yang memenuhi piawaian.
12 resolusi MPSM akan dikemukakan kepada PM - Zambry
Sebanyak 12 resolusi yang dicadangkan oleh MPSM bagi menambah baik kualiti sistem pengajaran di sekolah akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipertimbangkan.