PENINDASAN terhadap etnik Uyghur di China memasuki episod baharu yang mengejutkan apabila ribuan gambar kem tahanan etnik tersebut di Xinjiang tersebar baru-baru ini.
Fail tersebut, yang dinamakan “Xinjiang Police File” diperoleh selepas penggodam berjaya memasuki pangkalan data polis di Xinjiang dan kemudian menyerahkan semua bukti tersebut kepada penyelidik dan aktivis dari Amerika Syarikat, Dr Adrian Zenz.
Terdapat banyak bukti ditemui dalam fail tersebut seperti dokumen, gambar, termasuk ucapan daripada pegawai yang bertanggungjawab mewujudkan ‘kem pendidikan semula’ itu yang juga disebut sebagai pusat latihan vokasional.
Mengejutkan, fail itu juga mengandungi gambar lebih daripada 2,800 tahanan dengan 15 daripadanya merupakan kanak-kanak bawah umur.
“Fail-fail ini, kerana ia diperoleh secara langsung dengan menggodam komputer dan pangkalan data polis di Xinjiang, ia buat pertama kalinya memberi kami maklumat secara langsung berhubung operasi polis di dalam kem pendidikan semula itu.
“Ia termasuk imej yang diambil semasa latihan polis, latihan keselamatan di kem ini, ucapan diberikan Chen Quanguo (Ketua Parti Komunis di Xinjiang) dan pegawai lain.
“Mereka hanya bercakap secara langsung tentang sikap dan ancaman yang mereka lihat daripada Uyghur, dan bagaimana Uyghur perlu ditangkap, dan bagaimana kem itu perlu dipertahankan," kata Zenz dalam video yang memperkenalkan fail tersebut.
Tambah beliau, pemimpin dunia perlu secara langsung memberi tekanan kepada kepimpinan China, termasuk Presidennya, Xi Jinping.
Ini kerana, Zenz mendakwa, Xi Jinping sendiri dan kerajaan memantau dengan teliti apa yang berlaku di Xinjiang malah mereka tahu butiran tahanan dan fakta bahawa kem tersebut semakin sesak.
“Bukti baharu benar-benar menunjukkan pendidikan semula atau apa yang dipanggil "latihan vokasional" di Xinjiang tidak ada kaitan dengan peningkatan kemiskinan, tiada kaitan dengan membantu orang ramai mendapatkan pekerjaan.
“Ia hanya mengenai “brain wash” yang kejam, ia mengenai meletakkan mereka dalam tempat seperti penjara, kem yang dikawal oleh polis bersenjata lengkap.
“Kami mempunyai bukti, di menara pengawal mereka menggunakan mesingan gred tentera dan senapang penembak curi di menara pengawal dan sangat jelas bahawa ini adalah kempen untuk mengubah pemikiran rakyat, bukannya seperti dikatakan transformasi melalui pendidikan,” ujarnya.
Justeru, berdasarkan bukti baharu itu, Zenz berpendapat terdapat beberapa langkah penting yang perlu diambil pemimpin dunia dalam menangani isu tersebut.
Agensi
Fri May 27 2022
![Xinjiang Police File: Ribuan bukti, gambar tahanan etnik Uyghur didedahkan kepada dunia Xinjiang Police File: Ribuan bukti, gambar tahanan etnik Uyghur didedahkan kepada dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653647408_TBMASHUPUGHYUR.jpg)
Fail tersebut, yang dinamakan 'Xinjiang Police File' diperoleh selepas penggodam berjaya memasuki pangkalan data polis di Xinjiang dan kemudian menyerahkan semua bukti tersebut kepada penyelidik dan aktivis. - Foto Youtube
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![PBB keluarkan penilaian kebimbangan pencabulan hak asasi manusia di Wilayah Xinjiang PBB keluarkan penilaian kebimbangan pencabulan hak asasi manusia di Wilayah Xinjiang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662122000_TBuyghur.jpg)
PBB keluarkan penilaian kebimbangan pencabulan hak asasi manusia di Wilayah Xinjiang
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan penilaian tentang kebimbangan berlakunya pencabulan hak asasi manusia di Wilayah Autonomi Xinjiang, China melibatkan
![Banyak negara Islam mendiamkan diri dalam isu Uyghur - Nik Nazmi Banyak negara Islam mendiamkan diri dalam isu Uyghur - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639100049_NikNazmi.jpg)
Banyak negara Islam mendiamkan diri dalam isu Uyghur - Nik Nazmi
Banyak negara Islam yang lain juga dilihat kurang memperjuangkan isu berkaitan Uyghur.
![Xinjiang Police File: Ribuan bukti, gambar tahanan etnik Uyghur didedahkan kepada dunia Xinjiang Police File: Ribuan bukti, gambar tahanan etnik Uyghur didedahkan kepada dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653647408_TBMASHUPUGHYUR.jpg)
Xinjiang Police File: Ribuan bukti, gambar tahanan etnik Uyghur didedahkan kepada dunia
Fail itu juga mengandungi gambar lebih daripada 2,800 tahanan dengan 15 daripadanya merupakan kanak-kanak bawah umur.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648036783_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Mei 2022.
!['Etnik minoriti Uyghur ditindas, Malaysia perlu ambil pendekatan lebih jelas' 'Etnik minoriti Uyghur ditindas, Malaysia perlu ambil pendekatan lebih jelas'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/61519009298_uighurmuslim.jpg)
'Etnik minoriti Uyghur ditindas, Malaysia perlu ambil pendekatan lebih jelas'
Media barat mendedahkan bukti penggunaan kekerasan dan layanan tidak berperikemanusiaan ke atas etnik itu oleh kerajaan China.
![Pembunuhan etnik: China, Myanmar terlibat - AS Pembunuhan etnik: China, Myanmar terlibat - AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626141052_AntonyBlinken.jpg)
Pembunuhan etnik: China, Myanmar terlibat - AS
AS turut memberi amaran kepada Myanmar, Eritrea, Ethiopia dan Selatan Sudan mengenai kemungkinan sekatan lebih lanjut susulan isu konflik pembersihan etnik di negara masing-masing.
![Isu Xinjiang: AS tambah 14 syarikat China dalam senarai hitam Isu Xinjiang: AS tambah 14 syarikat China dalam senarai hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602898184_jpg.jpg)
Isu Xinjiang: AS tambah 14 syarikat China dalam senarai hitam
Jabatan Perdagangan AS mendakwa secara keseluruhan 34 entiti termasuk beberapa dari Rusia, Iran dan lima entiti lain yang menyokong program tentera China.
![Bazaar China padam gambar Lisa Blackpink, dipercayai berkaitan isu kapas Xinjiang Bazaar China padam gambar Lisa Blackpink, dipercayai berkaitan isu kapas Xinjiang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617358088_lisablackpink.jpg)
Bazaar China padam gambar Lisa Blackpink, dipercayai berkaitan isu kapas Xinjiang
Gambar-gambar Lisa Blackpink dipadam dari media sosial Harper's Bazaar China.
![AS dakwa China lakukan genosid terhadap etnik Uyghur AS dakwa China lakukan genosid terhadap etnik Uyghur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81577012642_Uighurs.jpg)
AS dakwa China lakukan genosid terhadap etnik Uyghur
Pompeo menyeru semua badan termasuk mahkamah antarabangsa untuk mengambil tindakan terhadap layanan China terhadap etnik Uyghur ini dan AS akan terus memberi tekanan kepada negara itu.
![Tiga cedera gempa 6.4 magnitud gegar Xinjiang Tiga cedera gempa 6.4 magnitud gegar Xinjiang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71561772910_GempaBumiGeneric.jpg)
Tiga cedera gempa 6.4 magnitud gegar Xinjiang
Gempa itu melanda daerah Jiashi di wilayah Kashgar pada 9.27 malam Ahad (waktu Beijing), diikuti sekurang-kurangnya lapan gegaran susulan, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).