Forum yang berlangsung selama lima hari itu dihadiri lebih 24,000 peserta dari 182 negara mengangkat tema “Semua bermula di rumah: Tindakan tempatan untuk bandar dan komuniti mampan.”
Berikut antara rangkuman penting perbincangan di WUF12:
Isu kewangan menjadi fokus utama
Pemimpin kerajaan, sektor kewangan dan perniagaan membincangkan keperluan mendesak untuk membiayai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat tempatan.
Perbincangan tertumpu pada usaha untuk mendapatkan sumber kewangan ketika kepadatan penduduk di bandar semakin meningkat dan diduga dengan cabaran iklim dan krisis global.
Isu-isu utama termasuk meningkatkan kapasiti kerajaan tempatan, mendapatkan pembiayaan yang boleh diramal dan membina perkongsian yang berkesan serta mencipta rangka kerja kewangan yang disesuaikan untuk memberdayakan bandar dalam memacu pertumbuhan yang mampan dan inklusif.
Reka bentuk bandar tahan iklim
Salah satu sesi penting dalam forum ini mencari jawapan kepada bagaimana bandar-bandar seluruh dunia dalam mewujudkan keadaan yang dapat menyesuaikan diri dengan kesan perubahan ini. Ini termasuk risiko peningkatan paras laut, kejadian cuaca eksrem dan kekurangan sumber.
Perumahan lestari untuk semua
Dengan peningkatan kos sara hidup, ia memberikan impak terus kepada populasi bandar di seluruh dunia.
Justeru sesi perbincangan pada akses yang adil untuk perumahan mampu milik mendapat perhatian ramai pada forum di Kaherah kali ini.
Pemimpin berbincang mengenai mekanisme pembiayaan inovatif dan perkongsian awam-swasta yang menyeluruh bagi meningkatkan kemampuan untuk memiliki rumah yang mempunyai standard kehidupan yang berkualiti
Bandar pintar demi pembangunan mampan
Pakar teknologi dan kelestarian berbincang bagaimana mengadunkan inovasi digital dan matlamat alam sekitar dengan memperkenalkan rangka kerja baharu bagi membina bandar pintar.
Beberapa kajian kes dari bandar-bandar terkemuka membuktikan bahawa data yang tepat dapat meningkatkan kecekapan bandar dan kualiti hidup.
Generasi masa hadapan
Menyedari peranan penting belia dalam membentuk bandar masa depan, WUF12 menampilkan Perhimpunan Kanak-Kanak dan Belia yang mengumpulkan aktivis dan pemimpin muda untuk membincangkan penyelesaian untuk tindakan iklim, pekerjaan, dan penglibatan komuniti.
Perhimpunan ini menekankan peranan penting orang muda dalam memperjuangkan perubahan dan membina jambatan antara generasi.
Pada penutupan Forum, WUF12 mengeluarkan Cairo Call to Action, sebuah dokumen yang menggariskan komitmen dan laluan untuk urbanisasi mampan.
Ia akan menjadi panduan untuk mengukuhkan impak berterusan WUF terhadap bandar di seluruh dunia.
Dua tahun lagi, para menteri, pemimpin bandar di pelbagai peringkat, aktivis, ahli perniagaan dan akademik serta belia akan berkumpul lagi dalam World Urban Forum kali ke 13 yang akan diadakan di Baku, Azerbaijan.