GENEVA: Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) sarankan supaya pengeluaran vaksin dunia tidak tertumpu di benua setempat.

Sebaliknya ia perlu diperluaskan supaya kapasiti perolehan vaksin kalangan negara seimbang.

Ketua Pengarah WTO, Ngozi Okonjo-Iweala tegaskan buat masa ini pengeluaran di benua Afrika sangat kecil berbanding populasinya.

"Kita perlu membuka pengeluaran kepada serata dunia dan tidak tertumpu kepada satu-satu tempat.

"Afrika dengan populasi 1.3 bilion mewakili 0.17% kapasiti pengeluaran dunia.

"Adalah tidak normal untuk Afrika mengimport 99% vaksin serta 90% bahan farmaseutikal," katanya.

Pandangan ini dikemuka ketika WTO membangkitkan isu proses vaksinasi seluruh dunia.

Sidang ini juga membangkitkan cabaran yang dihadapi benua Afrika dalam hal ini.