Dia dipanggil "The Angel" atau "Father" oleh beberapa pelanggan asing yang diwakilinya dalam pelbagai jenayah yang didakwa berprofil tinggi yang dilakukan di Thailand.
Worrasit Piriyawiboon, 65, telah menjadi peguam kepada begitu ramai warga asing yang dituduh melakukan jenayah daripada pembunuhan mengerikan, dalang sindiket pasport palsu antarabangsa sehingga kepada kegiatan penipuan jutaan ringgit di negara ini.
Antara pelanggan berprofil tinggi beliau, yang telah menarik perhatian media di seluruh dunia ialah warga Sepanyol, Artur Segarra, yang dituduh membunuh rakan senegara dan membuang mayat mangsa yang telah dikerat ke dalam Sungai Chao Phraya; dan 17 Uighur China yang menghadapi tindakan pengusiran.
Beliau juga merupakan peguam kepada Andre Xavier Justo, warga Switzerland yang dihukum penjara tiga tahun kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International.
Bercakap kepada Bernama di rumah kayu gaya kampung yang sederhana di sini baru-baru ini, Worrasit berkata mendiang abangnya, seorang peguam adalah idolanya, yang memberi inspirasi kepada beliau untuk mengikuti jejak langkahnya menjadi pelindung dalam bidang perundangan bagi mereka yang didakwa sebagai penjenayah.
"Mendiang abang saya adalah idola saya, sebenarnya saya mengikut jejak langkahnya; beliau juga memulakan kariernya sebagai seorang kolumnis sebuah akhbar sebelum mengalih pandangan untuk hidup sebagai seorang peguam."
Worrasit bermula sebagai seorang kolumnis dengan sebuah akhbar tempatan, menyediakan anekdot perundangan bagi pelbagai pertanyaan daripada pembacanya.
Menurut beliau, mendiang abangnya merupakan "peguam yang disukai ramai" di kalangan mereka yang didakwa penjenayah sehingga ke peringkat mereka memberikannya gelaran, "The Lawyer Bandit" atas tugasnya bersama dengan mereka yang dituduh melakukan kesalahan yang besar.
Ditanya kenapa pelanggan memanggil beliau dengan nama "The Angel," atau "Father," Worrasit berkata, ia berkemungkinan kerana komitmen beliau yang sepenuh hati bagi membantu menangani halangan perundangan yang dihadapi mereka.
"Saya layan anak guam saya seperti anak atau adik beradik sendiri, mempertahankan (mereka mengikut undang-undang) dengan cermat dan jujur," katanya sambil menambah kesemua mereka kekal sebagai tertuduh selagi belum dibuktikan kesalahan mereka.
Ketika ditanya apa yang mendorong beliau untuk menghabiskan separuh daripada usianya menegakkan hak undang-undang bagi mereka yang didakwa sebagai penjenayah, beliau berkata ia adalah satu perasaan yang benar-benar memuaskan hatinya apabila dapat membantu orang lain.
Beliau mengimbas kembali satu kes semasa beliau memulakan karier perundangan yang akhirnya mendorong beliau untuk meneruskan dengan misinya mempertahankan warga asing yang berada pada keadaan yang salah mengikut undang-undang Thai.
Ia merupakan satu kes yang diambilnya atas asas pro bono, membabitkan seorang pemuda dari Algeria yang ditangkap di wilayah Sakaew berhampiran sempadan Kemboja atas beberapa kesalahan kecil.
"Saya bayar untuk segalanya, makanan, minyak dan memandu lebih 200km ke Sakaew, banyak kali, bagi mewakili pemuda itu dan akhirnya dapat membebaskannya. Saya amat bangga sekali (dengan diri sendiri) kerana dapat membantu mereka yang amat memerlukan dan ia meninggalkan kesan besar ke atas diri saya," katanya.
Worrasit berkata persoalan wang atau bayaran, walaupun penting, tidak begitu difikirkannya, sambil mengingati semula satu bayaran dalam bentuk "satu tin Coca-Cola" daripada seorang pelanggan yang diwakilinya.
Dalam satu lagi kes membabitkan seorang lelaki Sierra Leone yang diwakilinya, Worrasit berkata pelanggan berkenaan berjanji untuk membayarnya melalui "Mesin Teler Automatik Tuhan (ATM)".
"Jenaka mengenai ATM Tuhan itu tersebar luas dalam kalangan banduan," katanya sambil menjelaskan walaupun tidak menerima sebarang bayaran dalam beberapa insiden, ia tidak pernah memadamkan "api di dalam diri" dan semangat untuk membantu "penjenayah". -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2016
Worrasit Piriyawiboon juga merupakan peguam kepada Andre Xavier Justo, warga Switzerland yang dihukum penjara tiga tahun kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International. - fotoBERNAMA
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Akhirnya, identiti bapa Darth Vader terbongkar!
Bagaimana Anakin Skywalker boleh tercipta, dilahirkan tanpa bapa dan akhirnya menjadi antagonis semesta Star Wars yang paling hebat, yakni Darth Vader?