KUALA LUMPUR: Kementerian Luar telah menyelaraskan penghantaran pulang pelajar Malaysia yang akan meneruskan pengajian mereka di China dengan mengaturkan penerbangan khas ke Shanghai.
Menerusi kerjasama kementerian itu dengan Kedutaan Besar Republik Rakyat China (RRC) di Kuala Lumpur, seramai 450 pelajar Malaysia telah kembali ke China melalui tiga penerbangan khas pada 8 Ogos dan 7 Sept, setakat ini.
"Semua pelajar yang berhasrat kembali ke China untuk pengajian mereka perlu mendapatkan surat jemputan atau borang JW201 daripada universiti masing-masing.
"Mereka kemudian boleh mengemukakan permohonan visa mereka untuk mengembara ke China di Kedutaan Besar RRC di Kuala Lumpur," menurut kenyataan Kementerian Luar, hari ini.
Ia berikutan persetujuan yang dicapai antara Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan rakan sejawat merangkap Penasihat Negara RRC, Wang Yi ,pada Disember 2021 dan semasa lawatan beliau ke Kuala Lumpur pada Julai lepas.
Menurut kenyataan itu, pelajar Malaysia yang telah mendapatkan surat jemputan atau JW201 dan ingin kembali ke China melalui penerbangan khas boleh membuat pendaftaran dengan menghubungi e-mel MAS Charter Team di charter@malaysiaairlines.com.
Kenyataan itu memaklumkan kementerian itu dan Kedutaan Besar RRC di Kuala Lumpur dengan kerjasama syarikat penerbangan Malaysia Airlines akan terus memudah cara penghantaran pelajar sehingga industri penerbangan kembali normal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022

Wisma Putra dan Kedutaan Besar RRC di Kuala Lumpur dengan kerjasama Malaysia Airlines akan terus memudah cara penghantaran pelajar sehingga industri penerbangan kembali normal. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

PM Anwar adakan kunjungan hormat ke atas Lam, Jose Ramos-Horta di Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam di ibu pejabat parti berkenaan.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN
Selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN 2025 'Keterangkuman dan Kemampanan', Malaysia akan mengetengahkan beberapa keutamaan.

Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra juga tidak menerima permohonan rasmi bagi bantuan konsular daripada mereka yang terkesan.

Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Pemindahan paksa itu merupakan satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB.

Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.

Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.

PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).