WHO hantar saintis ke Wuhan, siasat punca penyakit COVID-19

Astro Awani
Disember 16, 2020 06:14 MYT
WHO akan mengerahkan sepasukan 10 saintis ke Wuhan, China bulan depan dalam misi mengenal pasti punca penularan virus penyebab penyakit COVID-19. -Gambar fail
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengerahkan sepasukan 10 saintis ke Wuhan, China bulan depan.
Kumpulan ini akan menyiasat dakwaan virus SARS-CoV-2 punca penyakit COVID-19 berasal dari bandar itu.
Misi itu diteruskan selepas dapat lampu hijau dari China.
Beijing sebelum ini tidak bersetuju dengan desakan supaya inkuiri bebas dijalankan.
Rundingan bagi membolehkan pasukan WHO diberi akses ke Wuhan juga berlangsung selama beberapa bulan.
Di awal penularan COVID-19, virus punca penyakit itu didakwa dikesan di pasar basah Wuhan, dipercayai hasil jangkitan daging haiwan kepada manusia.
Pakar WHO dalam pada itu menegaskan misi agensi berkenaan bukan bertujuan mencari pihak untuk dipersalahkan, namun ia lebih kepada usaha pencegahan di masa hadapan.
Misi dijangka mengambil masa empat ke lima minggu.
#WHO #Wuhan #China #Siasat #virus #COVID-19 #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #SARS-COV-2
;