White House mempertahankan tindakan pertukaran lima anggota Taliban di pusat tahanan Teluk Guantanamo dengan tentera Amerika yang ditahan di Afghanistan.

Jurucakapnya, Jay Carney memaklumkan tindakan yang diambil itu satu tindakan tepat.

Kenyataan dibuat ketika tindakan White House dikritik oleh penganalisis, yang menyatakan tindakan itu mungkin akan digunakan oleh negara lain sebagai alasan untuk melaksanakan pertukaran banduan.

Carney memaklumkan pertukaran itu dilaksanakan selepas rundingan dengan pasukan keselamatan negara.

Rundingan juga mendapati lima tahanan tersebut tidak akan memberi ancaman kepada Amerika.

Pertukaran tersebut bagi menyelamatkan Sarjan Bowe Bergdahl yang ditahan Taliban selama lima tahun.

Berghdahl kini dirawat di sebuah hospital di Jerman dan dijangka dibebaskan dalam masa terdekat.