"Kami berasa lega Presiden Yoon telah mengubah haluan mengenai pengisytiharan undang-undang tentera dan menghormati undian Dewan Negara Korea untuk membatalkannya," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara.
“Demokrasi adalah asas kepada pakatan AS-Korea dan kami akan terus memantau keadaan.”
Presiden AS, Joe Biden masih belum mengulas secara substantif mengenai situasi itu, yang mengejutkan itu.
Sebaliknya, Biden secara ringkas memberitahu pemberita, beliau akan diberi taklimat mengenai perkara itu selepas menyampaikan ucapan di sebuah acara hari ini. - Agensi