NEW YORK: Isteri kepada Putera Harry dari kerabat diraja Britain, Meghan Markle membuat pengakuan mengejutkan apabila mendedahkan isteri Putera William, Kate Middleton membuatnya menangis beberapa hari sebelum majlis perkahwinan pasangan diraja itu pada 2018.
Bercakap pada wawancara bersama Oprah Winfrey semalam, Meghan menyifatkan detik itu sebagai titik perubahan dalam perhubungan kedua-dua mereka.
"Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan, Kate meluahkan perasaan seolah-olah tidak puas hati dengan pakaian flower girls (pengiring), sehingga membuatkan saya menangis. Perkara itu benar-benar menyinggung perasaan saya," katanya.
Reuters melaporkan, Meghan menjelaskan dia naif (kurang pengalaman) dan tidak membayangkan dia akhirnya akan ditakdirkan berkahwin dengan kerabat diraja.
"Saya benar-benar naif, saya dibesarkan dalam suasana yang tidak begitu mengenali mengenai golongan diraja," jelas Meghan.
Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Suit itu bagaimanapun memaklumkan dia tidak menerima bayaran untuk temu ramah bersama Oprah.
Agensi
Mon Mar 08 2021

Meghan menjelaskan dia naif (kurang pengalaman) dan tidak membayangkan dia akhirnya akan ditakdirkan berkahwin dengan kerabat diraja. - Foto REUTERS
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Meghan Markle menang kes mahkamah baharu terhadap penerbit tabloid UK
Meghan Markle memenangi pusingan terbaharu perjuangan privasinya yang berpanjangan dengan penerbit Mail.

Putera Harry dan Meghan umum kelahiran cahaya mata kedua, Lilibet
Bayi yang diberi nama Lilibet "Lili" Diana Mountbatten-Windsor itu dilahirkan pada pagi Jumaat.

Wawancara Oprah: Markle dedah Kate Middleton buat air matanya tumpah sebelum majlis perkahwinan
Meghan Markle membuat pengakuan mengejutkan apabila mendedahkan isteri Putera William, Kate Middleton membuatnya menangis beberapa hari sebelum majlis perkahwinan pasangan diraja itu pada 2018.

Meghan Markle keguguran anak kedua
Insiden tersebut digambarkan oleh Meghan seperti -kehilangan dan kesakitan yang membelenggu setiap orang pada 2020-.

Putera Harry, Meghan tidak mahu guna duit rakyat, bakal jana pendapatan sendiri
Lapor The Sun, Putera Harry, 35 tahun, dan Meghan, 38 tahun, tidak mahu mengharapkan dompet orang awam untuk terus membiayai kehidupan mereka setelah mereka berundur dari keluarga diraja itu.

Dedah surat peribadi, Meghan Markle saman tabloid Britain
Duchess of Sussex, Meghan Markle memfailkan saman terhadap tabloid Britain, Mail on Sunday selepas tabloid tersebut menerbitkan surat peribadi kepada ayahnya tanpa kebenaran.

Penampilan Meghan Markle curi perhatian
Penampilan Duchess of Sussex, Meghan Markle memakai selendang ketika menziarahi masjid tertua di Afrika Selatan, Auwul, di Bo-Kaap pada hari kedua lawatan diraja mendapat pujian ramai.

'Baby Sussex' sudah diberi nama!
Putera Harry dan Meghan Markle menamakan anak sulung mereka yang baru lahir sebagai Archie Harrison Mountbatten-Windsor.

Meghan Markle dedah rahsia gaun kahwin
Meghan Markle mendedahkan sesuatu yang istimewa mengenai gaun yang digayakan semasa majlis perkahwinannya dengan Putera Harry, Mei lalu.

Berani duduk silang kaki, Meghan Markle dikritik
Duduk bersilang kaki dianggap biadap apabila Ratu turut berada dalam majlis yang sama.