Cerita menarik sebagai pembuka tahun 2014, adalah cerita mengenai seorang wartawan berdedikasi.
Seorang wartawan KUTV , Brooke Graham yang berpangkalan di Utah Salt Lake City, Amerika Syarikat secara tiba-tiba pengsan semasa lintas langsung berita berkaitan aktiviti berski ke udara.
Bunyi dia terjatuh dan pengsan seketika jelas kedengaran beberapa saat sejurus segmen pertama bermula.
Paling menarik perhatian selepas jatuh, Brooke terus bangun dan meneruskan wawancara.
Brooke turut berkongsi mengenai perkara ini di laman blognya dan menganggap pengalaman itu sebagai kenangan lucu untuk dirinya.
"Saya terus-terusan ketawa setiap kali menonton video ini”
Brooke dalam blognya turut mengakui bahawa dia mudah pengsan sekiranya berada di kawasan sejuk.
Klik video untuk melihat apa yang diperkatakan.
Azyyati Ahmad
Wed Jan 01 2014


Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Di KL- Mohamad
Turut mengesahkan kehadiran ke sidang kemuncak itu ialah Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al-Saud.

Liga Super: Selangor, Sabah seri tanpa jaringan
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah berada di kedudukan ketiga dengan 35 mata.

Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah
BRR menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual tidak melebihi RM5.

KPM komited jadikan semua sekolah seluruh negara sekolah digital
Sasaran tersebut disokong pencapaian 90 peratus akses penggunaan DELIMa oleh pendidik dan keaktifan pelajar mengaplikasi teknologi digital.

Pusat Sains Negara ditutup sementara, namun Program STI terus diperhebat
Kerja-kerja pembaikan bumbung PSN akan dilaksanakan oleh JKR bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung pada masa akan datang.

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi
Kerugian juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023.

Kerajaan negeri pastikan pelaksanaan projek KDVT di Selangor berjalan lancar - Exco
Ng berkata terdapat beberapa isu yang dibangkitkan PBT dan kontraktor serta aduan penduduk berhubung projek itu.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Caj kesesakan tidak sesuai dilaksana di JB buat masa ini - Exco
Mohamad Fazli berkata, kerajaan negeri perlu terlebih dahulu mempunyai pelan induk yang lengkap bagi mengatasi kesesakan di Johor Bahru.

Wartawan TV pengsan, bangun semula sambung wawancara
Seorang wartawan KUTV , Brooke Graham yang berpangkalan di Utah Salt Lake City secara tiba-tiba pengsan semasa siaran langsung berita tentang ski merentas desa ke udara.