Mangsa Ismail al-Ghoul dan jurukamera Ramy El Rify terkorban ketika membuat liputan penggambaran kediaman pemimpin Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh
Menurut Pengarang Urusan Al Jazeera, Mohamad Moawad meratapi kehilangan dua wartawan dan rakan sekerja mereka.
Mohamad berkata, Ismail terkenal dengan profesionalisme dan dedikasi, membawa perhatian dunia kepada penderitaan dan kekejaman yang dilakukan di Gaza, terutamanya di Hospital Al-Shifa dan kawasan utara.
Tambah beliau, suaranya kini kini telah 'disenyapkan' dan dunia tidak akan melihat imej kemusnahan pembunuhan beramai-ramai ini.
Kematian kedua-dua wartawan itu meningkatkan jumlah wartawan yang terbunuh kepada 165 orang sejak perang Palestin-Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.
Terdahulu, Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh di ibu negara Iran, Tehran pada Rabu.