DOHA: Rangkaian media Al Jazeera mengutuk pembunuhan pewartanya Shireen Abu Akleh, apabila tentera penceroboh Israel melepaskan tembakan ke arahnya pada pagi Rabu ketika beliau membuat liputan mengenai serbuan tentera Israel di bandar Jenin di wilayah penempatan di Tebing Barat.
Dalam satu kenyataan, Al Jazeera berkata, "Dalam insiden pembunuhan terang-terangan, yang melanggar undang-undang dan norma antarabangsa, pasukan penceroboh Israel membunuh wartawan Al Jazeera di Palestin, Shireen Abu Akleh, menyasarkan tembakan ke arahnya awal pagi ini, Rabu, Mei 11, 2022, semasa beliau menjalankan tugas kewartawanannya, dengan memakai jaket media yang jelas menunjukkan beliau seorang wartawan, membuat liputan pasukan penceroboh Israel yang menyerbu kem pelarian Jenin di Tebing Barat", lapor agensi berita Qatar (QNA).
Kenyataan itu menambah "Rangkaian Media Al Jazeera mengecam jenayah kejam itu, yang bertujuan menghalang media daripada menjalankan tugas mereka.
"Al Jazeera menggesa kerajaan Israel dan pasukan pencerobohnya bertanggungjawab atas pembunuhan Shireen. Ia juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengutuk dan memaksa tentera penceroboh Israel bertanggungjawab atas pembunuhan Shireen," tambahnya.
Pihak berkuasa Israel juga bertanggungjawab menyasarkan penerbit Al Jazeera Ali al-Samudi, yang turut ditembak di belakang ketika membuat liputan insiden yang sama, dan kini sedang menjalani rawatan, menurut kenyataan itu.
Shireen, 51, berasal dari Bethlehem, tetapi dibesarkan di Baitulmaqdis, menurut QNA.
Beliau pada mulanya belajar seni bina di Universiti Sains dan Teknologi Jordan, kemudian bertukar ke bidang kewartawanan dan memperoleh ijazah sarjana muda dari Universiti Yarmouk di Jordan. Selepas menamatkan pengajian, Shireen kembali ke Palestin dan bekerja di beberapa stesen seperti UNRWA, Radio Suara Palestin, Saluran Satelit Amman, Yayasan Miftah, dan Radio Monte Carlo.
Pada 1997, beliau menyertai saluran satelit Al Jazeera dan bertugas dengannya sehingga hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022
Shireen, 51, berasal dari Bethlehem, tetapi dibesarkan di Baitulmaqdis, menurut QNA. - Gambar/ Al Jazeera
[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh (Oktober 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan Tenaga Buruh Oktober 2024.
NUBE lancar kempen hapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) melancarkan kempen tandatangan bertujuan menghapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1 di ATM antara bank yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Turkiye berhasrta bekalkan tenaga elektrik ke Syria
Turkiye berhasrat membekalkan tenaga elektrik ke Syria dan mengukuhkan infrastruktur kuasanya.
Kerajaan Jepun luluskan draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Daripada jumlah itu, lebih 10 peratus atau 8.7 trilion yen akan digunakan untuk perbelanjaan pertahanan.
Prestasi China dalam pembangunan berkualiti tinggi 2023
Jurucakap Jabatan Statistik Negara (NBS) memaklumkan berhubung dapatan yang tercatat dalam Tinjauan Ekonomi Kebangsaan kelima dalam satu sidang media anjuran Dewan Negara di sini pada Khamis.
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong akan membentangkan kenyataan Belanjawan Singapura 2025 di parlimen pada 18 Feb.
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.
Lima negeri mendominasi eksport negara pada November
Lima negeri terus mendominasi eksport Malaysia yang secara keseluruhannya menyumbang sebanyak 83.8 peratus pada November 2024.
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil pada tahun hadapan
CIMB Securities positif terhadap pasaran ekuiti Malaysia pada 2025 disokong pertumbuhan pendapatan tahun ketiga berturut-turut pada lapan peratus, dipacu sektor perbankan, pembinaan dan utiliti.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
Polis Israel serang orang ramai pada pengebumian wartawan Al Jazeera
Tindakan keras pasukan keselamatan itu menyebabkan keranda yang diusung orang ramai hampir terjatuh dalam suasana kelam kabut, lapor The New York Times.
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh, di Jenin di wilayah diduduki di Tebing Barat.
Al Jazeera kutuk tentera Israel bunuh wartawan
Rangkaian media Al Jazeera mengutuk pembunuhan pewartanya Shireen Abu Akleh, apabila tentera penceroboh Israel melepaskan tembakan ke arahnya pada pagi Rabu.