TINGGAL beberapa hari sahaja lagi sebelum ketibaan tahun baru 2016 dan pastinya, semua orang ada azam dan sinar baru ketika jarum jam berdetik ke jam 12 tengah malam.

Lain pula ceritanya di New York, iaitu sebelum tibanya tahun baru, warga tempatan akan meraikan Good Riddance Day, iaitu hari khas untuk melupakan kenangan buruk sepanjang tahun.

Menurut portal Times Square New York, kebiasaannya orang akan menggunakan mesin pencincang kertas (shredder) yang disediakan untuk membuang gambar bekas kekasih, penyata kad kredit, dan bil perubatan.

Orang ramai juga boleh tulis kenangan pahit mereka sepanjang tahun 2015 dengan menggunakan pen dan kertas yang disediakan.


Portal yang sama turut berkata acara ini diilhamkan oleh tradisi Latin Amerika dimana mereka akan isi anak patung boneka dengan objek yang melambangkan kenangan buruk bagi mereka.

Menurut Daily Mail, acara ini sudah memasuki tahun ke sembilan dan diraikan pada 28 Disember.

Netizen kongsi suasanan di New York sempena Good Riddance Day.

Yang lucunya, ada warga tempatan menunjukkan gambar calon Presiden AS yang mewakili parti Republikan Donald Trump yang ingin diletakkan ke dalam mesin pencincang.


Maureen Dexter pula meletakkan gambar beliau sebelum berat badan beliau turun 34kg.