HATYAI: Seorang lelaki warga Malaysia di Hatyai, selatan Thailand, ditahan polis selepas mengurung diri bersama dua orang anaknya dalam sebuah bilik di kediamannya.
Dalam kejadian pada kira-kira 6 petang, polis baru sahaja beredar daripada rumah kedai dua tingkat yang dihuninya selepas si isteri yang merupakan warga Thai meminta bantuan setelah lelaki itu mengurungnya bersama dua orang anak mereka selama hampir seminggu.
Ketua Polis Hatyai Pol. Kol. Akrawut Taneerat berkata lelaki yang berusia 43 tahun dari Kuala Lumpur itu dipercayai mengalami gangguan mental dan kini ditahan polis.
"Isterinya risau perkara yang tidak diingini berlaku, maka beliau sekali lagi membuat laporan polis agar polis bagi menyelamatkan kedua-dua anak lelakinya yang berusia lima dan tujuh tahun," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau menambah bahawa polis terpaksa memecahkan pintu untuk membawa keluar kedua-dua anak pasangan itu.
Semalam, Bernama melaporkan bahawa lelaki itu bertindak mengurung isteri berusia 39 tahun dan dua anak lelakinya dalam rumah hampir seminggu kerana fobia dengan jangkitan COVID-19 yang melonjak di Thailand.
Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid berkata lelaki itu kini ditahan di lokap di Balai Polis Hatyai dan dijangka dibawa berjumpa pakar psikiatri esok.
"Polis Thailand akan menjalankan siasatan lanjut termasuk rekod kemasukannya ke Thailand," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 15 2021

Seorang lelaki warga Malaysia di Hatyai ditahan polis selepas mengurung diri bersama dua orang anaknya dalam sebuah bilik di kediamannya. - Gambar hiasan
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Mahkamah Rayuan Singapura benarkan penangguhan pelaksanaan hukuman Pannir Selvam
Mahkamah Rayuan Singapura pada Rabu membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap banduan Malaysia yang dijatuhi hukuman mati, Pannir Selvam Pranthaman.

18 anggota polis ditahan atas dakwaan peras ugut warga Malaysia di konsert DWP Jakarta
Anggota berkenaan terdiri daripada Polis Daerah Metro Jaya, Polis Metro Jakarta Pusat, dan Balai Polis Kemayoran.

Peguam lelaki kes bekal senjata api warga asing tarik diri
Peguam kepada seorang lelaki disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel, Mac lalu menarik diri daripada mewakilinya bagi kes berkenaan.

Ramai warga Malaysia lupa bahasa ibunda, cenderung berbahasa Inggeris - Warga Jerman
Michael Luebke gusar dengan segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat kurang menjunjung budaya dan identiti mereka.

Dua rakyat Malaysia ditahan cuba seludup dadah bernilai RM3.7 juta di Maldives
Dua warga Malaysia ditahan ketika cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM3.7 juta ke Maldives.

Dua warga emas Malaysia berbasikal ke China
Dua warga emas membuktikan bahawa usia hanyalah angka apabila mereka memulakan perjalanan epik berbasikal dari Malaysia ke China dalam usaha mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Aidilfitri di Indonesia disambut meriah, turut dirasai warga Malaysia
Umat Islam di Indonesia hari ini bergembira meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mempertemukan keluarga dan sahabat handai dalam semangat kemesraan, kemaafan dan kebersamaan.

PM Anwar harap Nurul Ain kongsi situasi di Gaza sebaik pulang ke tanah air
Perdana Menteri meminta Nurul Ain Haron yang berada di kawasan konflik Gaza untuk menjelaskan situasi di Palestin kepada rakyat di negara ini.

Umat Islam di UK bayar hingga RM2,000 satu bahagian lembu
Bagi seekor kambing biri-biri pula, harga ditetapkan adalah sekitar RM1,600.

11 orang termasuk tiga rakyat Malaysia ditahan polis Indonesia kerana seludup PATI
Polis Indonesia menumpaskan kegiatan menyeludup pendatang tanpa izin (PATI) dengan penahanan 11 individu, termasuk tiga warga Malaysia di Batam, Kepulauan Riau.