SINGAPURA : Seorang lelaki warga emas di Singapura berputih mata apabila wang simpanan berjumlah S$70,000 (RM240,556) lesap selepas memuat turun aplikasi memesan hidangan itik panggang dalam talian.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Loh, 74, berkata, dia diminta membuat bayaran deposit S$5 (RM17) sebelum menyedari wang dalam akaun simpanannya hilang.
Loh mengesyaki scammer menggodam akaun banknya menggunakan Kit Pakej Android (APK).
"Saya terjumpa iklan pembekal itik panggang bernama Xiao Xiao Ya Zi di Facebook yang mempromosikan makanan istimewa Cina.
"Dia menawarkan 1.5 kilogram (kg) itik Peking pada harga S$23.80 (RM80.82)," katanya.
Tambah Loh, selepas menghubungi penjual tersebut di aplikasi WhatsApp, dia diarah memuat turun aplikasi pihak ketiga yang dipanggil 'Grab & Go' pada telefon bimbitnya.
Katanya lagi, selepas membuat transaksi, telefonnya mula meragam dan gagal diakses.
"Wang tersebut adalah simpanan hasil titik peluh saya selama 10 tahun.
"Saya sangka saya bijak dan tidak mudah tertipu," katanya yang menyalahkan diri sendiri kerana terpedaya dengan tawaran harga murah itik panggang yang menjadi kegemaran cucunya.
Sementara itu, Shin Min Daily melaporkan bahawa polis telah menerima aduan mangsa dan satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat kes tersebut. - Agensi/ Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 03 2023
Seorang lelaki warga emas di Singapura berputih mata apabila wang simpanan berjumlah S$70,000 (RM240,556) lesap selepas memuat turun aplikasi memesan hidangan itik panggang dalam talian. - Gambar hiasan
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Kerana ‘Brad Pitt,’ wanita Perancis kemurungan, bercerai dan wang RM3.85 juta lesap
Scammer reka cerita Brad Pitt terdesak perlukan wang untuk rawatan buah pinggang, wang simpanannya dibekukan susulan kes cerai dengan Angelina Jolie.
"Scammer" guna hotline IPD PD perdaya mangsa
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson mengesan insiden penyalahgunaan talian hotline IPD oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Penipuan atas talian: Rakyat Malaysia rugi RM1.2 bil dalam 10 bulan
Teo mendedahkan penipuan itu juga berkembang dengan modus operandi baharu, seperti taktik penyamaran sebagai pihak berkuasa.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
Kaspersky beri amaran tawaran Telegram Premium palsu
Kaspersky memberi amaran mengenai tawaran Telegram Premium palsu yang tersebar di seluruh dunia dengan tujuan mencuri maklumat akaun atau merosakkan peranti.
Pengurus kilang rugi lebih RM940,000 terperdaya pelaburan dalam talian
Wanita berusia 53 tahun itu ditawar pelaburan dalam bidang perhotelan dengan pulangan tinggi, mudah dalam jangka masa singkat oleh individu tidak dikenali.
TPM Fadillah nasihat masyarakat tingkat ilmu, kemahiran teknologi elak ditipu
Masyarakat perlu meningkatkan ilmu dan kemahiran tatkala beralih kepada penggunaan teknologi tinggi bagi setiap urusan harian mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Terpengaruh gaji lumayan, dua sahabat jadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja
Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.
Warga emas rugi hampir RM300,000 ditipu tawaran kerja dalam talian
Mangsa seorang wanita 71 tahun ditawar kerja sambilan dengan menjual barangan dalam talian dan dijanjikan komisen sebanyak 15 peratus.